Skip to content

April 2023

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM ALQURAN

13 APRIL 2023; Alhamdulillah, mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, Pejabat Agama Islam Daerah Muar menjemput guru² agama dan guru² tahfiz daerah Muar bagi menjayakan program Tadarus dan Khatam AlQuran 30 Juz. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keampunan dari Allah SWT. Ramadan Al Mubarak

PROGRAM QIAMULLAIL PERDANA BULAN RAMADAN

14 April 2023; Alhamdulillah selesai Program Qiamullail Perdana Memburu Lailatul Qadr bertempat di Masjid. Jamek Al-Ehsan, Parit Jawa sempena 10 malam terakhir Ramadan

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Permuafakatan Kurikulum JKKPKD

  • by

Telah berlangsung satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Permuafakatan Kurikulum JKKPKD yang dihadiri oleh Ketua-ketua Panita Bahasa Melayu Daerah Muar. Ustazah Nor Aisyah Hafiza selaku Guru Panitia Akademik merangkap guru Bahasa Melayu menengah atas telah mewakili SMATT ke pertemuan tersebut yang diadakan di SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar. Pelbagai program pemantapan Bahasa Melayu SPM telah dirangka dan bakal dilaksanakan demi menjamin kecemerlangan calon-calon SPM 2023 Muar khususnya. Semoga calon-calon SPM SMATT… Read More »Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Permuafakatan Kurikulum JKKPKD

Bengkel Kerja Pendaftaran Peperiksaan SPM Tahun 2023

Sedang berlangsung Bengkel Kerja Pendaftaran Peperiksaan SPM Tahun 2023 yang dihadiri oleh Setiausaha SPM SMATT, Ustazah Nur Syamimie binti Zainal. Bengkel anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor ini berlangsung di SMK Seri Tangkak, Tangkak selama dua hari bermula 12 April 2023 sehingga 13 April 2023.

Bengkel Seksyen Peperiksaan SMRA dan SMA

Setiausaha SMA, Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah sedang menghadari bengkel Seksyen Peperiksaan bagi peperiksaan SMRA dan SMA anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Pertemuan tersebut berlangsung di Hotel Grand Blue Wave, Johor Baharu selama tiga hari iaitu bermula 11 April 2023 sehingga 13 April 2023.

Program Ihya’ Ramadhan SRAT

  • by

Antara program ihya; ramadan yang diadakan adalah pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan pertandingan mewarna & melukis poster yang dibuat pada waktu kokorikulum. Selain itu, Tadarus Al Quran juga termasuk di dalam program ihya’ Ramadan untuk anak anak Sekolah Rendah Agama Tanwiriah (Tahfiz). Tadarus Al Quran ini dijalankan pada setiap pagi selelpas dhuha dan akan dipecahkan mengikut kumpulan tadarus yang diketuai seorang guru. Mereka diberikan 2 juzuk dan guru sebagai… Read More »Program Ihya’ Ramadhan SRAT

BERBUKA PUASA DAN TERAWIH PELAJAR SMATT

  • by

5 APRIL 2023: Alhamdulillah. Suasana sewaktu berbuka puasa bagi pelajar banin dan banat. Selepas selesai berbuka, para pelajar menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah dan seterusnya melaksanakan ibadah solat sunat terawih berjemaah di Dewan As-Salam bagi pelajar banin. Syukur alhamdulillah untuk rezeki anak-anak tahfiz ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat para penginfak yang telah bermurah hati memberi sumbangan dalam program Infak Ramadan di Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz… Read More »BERBUKA PUASA DAN TERAWIH PELAJAR SMATT