Skip to content

August 2023

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023 – SMATT

  • by

3 OGOS 2023 | KHAMIS Alhamdulillah, sedang berlangsung Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 bagi semua pelajar SMATT. Peperiksaan telah bermula pada 31 Julai 2023 dan dijangka tamat pada 10 Ogos 2023. Peperiksaan merangkumi peperiksaan syafawi/lisan dan juga bertulis dengan menggunakan format penuh seperti peperiksaan sebenar. Didoakan agar para pelajar SMATT dipermudahkan urusan menjawab, dilancarkan hafalannya serta mendapat keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan ini. Amin

KUNJUNGAN MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR

  • by

1 Ogos 2023 | Selasa Alhamdulillah, hari ini pihak madrasah telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Kunjungan ini lebih terarah dalam meneliti aspek kecemerlangan madrasah dalam sistem urus tadbir dan pengurusan, pendidikan, fasilitis serta beberapa aspek yang lain. Diharapkan agar hubungan erat antara Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah dengan pihak MAINJ akan lebih memajukan lagi Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah pada masa akan datang. Insya-Allah

DAURAH KITAB SIFAT 20

30 Julai 2023 | Ahad Alhamdulillah pelajar-pelajar serta guru-guru Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah bertuah menerima kunjungan daripada Kiyai Nur Hidayat Muhammad Nur selaku Ahli Fatwa Majlis Ulama’ Indonesia (Cabang Sragen). Pengajian harini tentang daurah kitab Sifat 20. Semoga para pelajar terus istiqamah dalam menuntut ilmu dan peroleh berkat dunia akhirat . Amin Insya-Allah

TAKLIMAT HALA TUJU SAMBUNG BELAJAR KE KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD

  • by

30 JULAI 2023 | AHAD Alhamdulillah, telah selesai taklimat mengenai Hala Tuju sambung belajar kepada para pelajar tahun akhir Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SMATT dan Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad daripada Al-Fadhil Ustaz Mohd Adlan Mokhtaruddin selaku Pensyarah kolej tersebut. Para pelajar didedahkan dengan sistem pendidikan di KUIZM serta hala tuju sebagai seorang pelajar. Semoga para pelajar terus isitiqamah dan bersemangat dalam menuntut… Read More »TAKLIMAT HALA TUJU SAMBUNG BELAJAR KE KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD

IJTIMA’ MINGGUAN TAHFIZ

  • by

14 Ogos 2023 Alhamdulillah, sedang berlangsung Ijtima Mingguan. Pada pagi ini Ustaz Mohd Afifuddin selaku mudir Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah dan Ustaz Abdul Hadi memberikan ucapan, semangat dan nasihat kepada para pelajar. Semoga para pelajar sentiasa bersemangat dalam menghafaz kalam yang suci ini. Amin Ya Rabbal Alamin

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023

  • by

14 Ogos 2023 Alhamdulillah, sedang berlangsung Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 bagi semua pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah. Peperiksaan telah bermula pada 13 Ogos 2023 dan tamat pada 17 Ogos 2023. Didoakan agar para pelajar dipermudahkan urusan menjawab, dilancarkan hafalannya serta mendapat keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan ini. Amin

SUKMAD 2023

  • by

27 Julai 2023 Suasana sekitar perarakan masuk perbarisan bagi setiap kontinjen SUKMAD 2023 Malis perasmian SUKMAD 2023 telah disempurnakan oleh YB Hj. Abdul Aziz Bin Talib. Dalam pada itu, majlis turut dihadiri oleh beberapa dif jemputan yang lain. Turut menyempurnakan majlis, kehadiran Tuan Guru Haji Hasbullah Bin Haji Salleh yang turut bersama-sama menyaksikan kejohanan SUKMAD 2023 yang gilang-gemilang ini. Para pelajar penuh bersemangat meraikan kejohanan SUKMAD 2023 dengan pelbagai acaran… Read More »SUKMAD 2023