
Pengenalan
Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah telah bermula pada tahun 2009. Penubuhan madrasah ini merupakan hasrat Tuan Guru Haji Hasbullah bin Hj Salleh yang mahu melihat penuntut-penuntut ilmu agama diberi pengetahuan yang luasa dalam bidang agama dengan menguasai hafazan Al-Quran.
Madrasah tahfiz ini bermula dengan pengambilan seramai 22 orang pelajar lelaki pada tahun 2009 dan terus berkembang sehingga kini dengan jumlah pelajar seramai 57 orang dan 7 orang guru serta warden.
Pada tahun 2017, madrasah ini mengorak langkah dengan membuka cawangan iaitu Madrasah Syahadah Tahfiz Al-Hidayah bagi menempatkan pelajar persediaan untuk menyambung pengajian ke luar negara. Selain itu, madrasah Tahfiz At-Tanwiriah juga membuka cawangan di Kemboja untuk memberi kemudahan belajar ilmu agama kepada anak-anak dan penduduk Islam di sana.
Menyediakan pendidikan agama dan penghayatan Al-Quran yang berterusan bagi membina generasi Al-Quran yang berkualiti dalam menghadapi kehidupan dunia moden yang penuh cabaran.
Membentuk generasi Ulul-Albab yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman dalam mengharungi kehidupan zaman moden ini.
7.30 am – 4.00 pm
- – Mampu membaca Al-Quran dengan baik.
– Berakhlak mulia.
– Minat untuk mendalami ilmu agama.
– Berumur 11 – 13 tahun. - – Lelaki sahaja.
– Lulus temuduga.
- – MTAQ At-Tanwiriah Parit Jawa, Johor, Malaysia
- – MTAQ At-Tanwiriah Kemboja