Skip to content

LATAR BELAKANG

Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah Tahfiz merupakan kesinambungan bagi pelajar Sekolah Rendah Islam Tahfiz untuk menyambung pengajian diperingkat menengah. Bermula pada Oktober 2014 operasi sekolah ini telah digerakkan dan pengambilan sulung adalah pada Januari 2015.

Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah Tahfiz menggabungkan tiga bidang iaitu Tahfiz, Akademik dan Diniah. Tiga bidang ini akan digerakkan secara bersepadu dengan menjadikan asas utamanya adalah penguasaan dalam Bahasa Arab.

Terkini, jumlah pelajar Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah Tahfiz telah mencecah 103 orang pelajar dan 14 orang guru.

Menyediakan pendidikan agama dan penghayatan Al-Quran yang berterusan bagi membina generasi Al-Quran yang berkualiti dalam menghadapi kehidupan dunia moden yang penuh cabaran.

Membentuk generasi Ulul-Albab yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman dalam mengharungi kehidupan zaman moden ini.

Ahad-Khamis

7.30 am-3.30 pm

  • – Mampu membaca Al-Quran dengan baik.
    – Berakhlak mulia.
    – Minat untuk mendalami ilmu agama.
    – Berumur 13 tahun dan ke atas.
    – Lulus temuduga.
  • Syarat Kelayakan:
  • – Hafazan minimum 20 juzuk
  • – Berakhlak mulia
  • – Lulus Temuduga
  • – Berumur minima 17 tahun (tahun peperiksaan)

 

  • Kelebihan & Kemudahan:
  • – Peluang menduduki SPM bagi pelajar Tahfiz yang tiada asas akademik
  • – Kelas berhawa dingin
  • – Guru berpengalaman
  • – Asrama disediakan
  • – Kelas tambahan daripada guru
  • – Bengkel menjawab SPM daripada guru pakar/guru luar.

 

  • Subjek SPM:
  • – Bahasa Melayu
  • – Bahasa Inggeris
  • – Matematik
  • – Sains
  • – Sejarah 
  • – Bahasa Arab
  • – Pendidikan Quran & Sunnah
  • – Pendidikan Syariah Islamiah