Skip to content

MELAHIRKAN GENERASI
AL-QURAN RABBANI

MTAQ bermatlamat untuk terus
melahirkan para hufaz yang faham dan
menghayati Al-Quran

LEBIH 450+
PELAJAR

Lebih 450 orang pelajar yang
telah berdaftar dan mendapatkan
pendidikan di MTAQ At Tanwiriah

LEBIH 70+
KAKITANGAN

MTAQ mempunyai lebih 70 kakitangan
yang terdiri daripada golongan pengajar
dan pengurusan yang profesional

LEBIH 50+ PELAJAR
KE LUAR NEGARA

Lebih daripada 50 orang pelajar MTAQ
yang menyambung pelajaran serta
mendapatkan pendidikan di luar negara

SEKOLAH AT-TANWIRIAH

LATAR BELAKANG MTAQ

Perjalanan Madrasah Tahfiz AI-Quran At-Tanwiriah bermula dengan hasrat AI-Fadhil Tuan Guru Hasbullah Bin Haji Salleh yang ingin mewujudkan sebuah institusi pengajian Tahfiz AI-Quran di Parit Jawa, Muar.

Tahun 2007, menyaksikan Tuan Guru Haji Hasbullah sendiri telah memulakan usaha menyusun dan merancang bagi mendirikan sebuah madrasah tahfiz di atas tanah yang diwakafkan oleh penduduk setempat di Parit Jawa

Beliau mula mengumpul tenaga penggerak antaranya Ustaz Kamalulnizam Bin Mohd Suhut dan beberapa individu lain bagi menyusun dan mengerakkan penubuhan madra­ sah tahfiz di peringkat rendah dan menengah berbekalkan kewangan yang sangat terhad.

Tanggal 5 Januari 2009, bermulalah pengambilan pelajar-pelajar di peringkat Sekolah Rendah Islam seramai 20 orang dan di peringkat Madrasah Tahfiz AI-Quran seramai 22 orang pelajar dengan dokongan guru-guru seramai 5 orang pada masa itu yang kesemuanya bernaung di bawah Madrasah Tahfiz AI-Quran At-Tanwiriah

Objektif MTAQ At Tanwiriah

Menyediakan peluang kepada ibubapa bagi memberikan pendidikan agama dan AI-Quran kepada anak-anak bermula dari peringkat awal lagi.

Suasana di MTAQ AT Tanwiriah

1

Aktiviti aktiviti Pelajar

Bersama sama dengan Guru Sekolah

2

Solat Jemaah

Bersama semua pelajar dan guru.

3

Perhimpunan Mingguan

Kebiasaan rutin mingguan bagi pelajar dan guru berkumpul untuk kongsi info info terkini tentang Sekolah atau Mata Pelajaran.

Yuran Sekolah

*Kadar yuran yang tertera berubah dari semasa ke semasa.

Maklum Balas

Kami menerima semua maklum balas dari ibubapa pelajar dan membincangkan perkara yang dibangkit bersama pentadbiran MTAQ AT Tanwiriah.

Alhamdulilah, Madrasah Tahfiz AI-Quran At-Tanwiriah terus berkembang dan mengorak langkah dengan menubuhkan Sri Aulad pada tahun  2014 dan Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah  Tahfiz (SMATT)  pada tahun  2015. Pada tahun 2018, Madrasah Syahadah Tahfiz AI-Hidayah ditubuhkan bagi penempatan persediaan pelajar meyambung pengajian ke luar negara. Sehingga kini, Madrasah Tahfiz AI-Quran At-Tanwiriah mempunyai pelajar seramai lebih kurang 450 orang pelajar dan lebih kurang 70 orang guru dan kakitangan sokongan.

Ustaz Kamalulnizam Suhut

Mudir Am Madrasah Al Quran At Tanwiriah

Blog Kami

Kami akan kemaskini blog ini bersama aktiviti aktiviti mingguan para pelajar dan guru.

TANWIRIAH CHANNEL

March 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  

Perkhidmatan & Produk Kami

Qurban/Aqiqah/ Wakaf Telaga/ Wakaf Quran

Wakaf/Infaq

Haa Sin Design & Printing

Tanweer Cocoa

Hubungi Kami

Kami akan sentiasa menerima para tetamu untuk datang melawat ke sekolah kami atau hantar sebarang pertanyaan di bawah.
Telefon Kami

+606 987 4240

Email Kami

info@mtaqtanwiriah.edu.my

Alamat Kami

Jalan Temenggong Ahmad, Parit Jawa, 84150 Parit Jawa, Johor

0064490
Visit Today : 34
Total Visit : 64490