Perjalanan Madrasah Tahfiz AI-Quran At-Tanwiriah bermula dengan hasrat AI-Fadhil Tuan Guru Hasbullah Bin Haji Salleh yang ingin mewujudkan sebuah institusi pengajian Tahfiz AI-Quran di Parit Jawa, Muar.
Tahun 2007, menyaksikan Tuan Guru Haji Hasbullah sendiri telah memulakan usaha menyusun dan merancang bagi mendirikan sebuah madrasah tahfiz di atas tanah yang diwakafkan oleh penduduk setempat di Parit Jawa
Beliau mula mengumpul tenaga penggerak antaranya Ustaz Kamalulnizam Bin Mohd Suhut dan beberapa individu lain bagi menyusun dan mengerakkan penubuhan madra sah tahfiz di peringkat rendah dan menengah berbekalkan kewangan yang sangat terhad.
Tanggal 5 Januari 2009, bermulalah pengambilan pelajar-pelajar di peringkat Sekolah Rendah Islam seramai 20 orang dan di peringkat Madrasah Tahfiz AI-Quran seramai 22 orang pelajar dengan dokongan guru-guru seramai 5 orang pada masa itu yang kesemuanya bernaung di bawah Madrasah Tahfiz AI-Quran At-Tanwiriah