Skip to content

August 2026

KURSUS ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN (Madrasah Tahfiz Al Quran At Tanwiriah)

  • by

Alhamdulillah, satu lagi langkah ke hadapan buat Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah apabila berpeluang menyertai Kursus Asas Psikologi Pendidikan pada 22 Ogos 2026. Program ini merupakan anjuran bersama Pondok Tahfiz Ummul Mutasaddiqin dan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Bandar Penawar. Pendedahan ini menjadi nilai tambah dalam memperkasa kaedah pengajaran, agar lahir generasi huffaz yang bukan sahaja mantap hafazan, bahkan seimbang dari sudut emosi dan sahsiah. #Tanwiriah#Tahfiz#PsikologiPendidikan#PendidikanHolistik

ALHAMDULILLAH! SATU LAGI PENCAPAIAN BESAR BUAT SMATT!

  • by

الحمد لله ثم الحمد لله Segala puji bagi Allah SWT. Dengan penuh rasa syukur, Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah Tahfiz (SMATT) kini diiktiraf secara rasmi oleh Darul Quran JAKIM sebagai Pusat Pembelajaran Bertauliah (PPB) bagi melaksanakan Program Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB). Pengiktirafan ini membolehkan para pelajar mengikuti laluan hafazan yang lebih tersusun serta memperoleh pengiktirafan rasmi daripada Darul Quran JAKIM mengikut syarat dan tahap yang ditetapkan. Kini di SMATT, pelajar… Read More »ALHAMDULILLAH! SATU LAGI PENCAPAIAN BESAR BUAT SMATT!

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MANAHIJ SPM 2026

  • by

Alhamdulillah, pada Jumaat, 6 Ogos 2026, seramai 20 orang pelajar Ting. 5 Ibnu Rusydi (5 KBD) SMATT telah menyertai Bengkel Teknik Menjawab Manahij SPM yang berlangsung di SMA Ad-Diniah Parit Subari. Bengkel ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Khaidir bin Hanizan, JU MUI 2026 merangkap Guru MUI SMA Jawahir Ulum, yang berkongsi pelbagai teknik dan strategi menjawab soalan Manahij SPM dengan lebih berkesan. Rombongan SMATT diiringi oleh Ustazah Fatin Farhanah… Read More »BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MANAHIJ SPM 2026