Skip to content

admin

MAJLIS KONVOKESYEN HUFFAZ NUSANTARA PERMATA AL QURAN MALAYSIA KALI KE-10

  • by

Alhamdulillah, sebuah perjalanan ilmu yang penuh pengorbanan akhirnya diraikan dalam sebuah majlis yang bermakna. Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara Permata Al-Quran Malaysia Kali Ke-10 menjadi simbol penghargaan atas kesungguhan para huffaz dalam menuntut ilmu, menghafaz kalam Allah SWT serta berusaha menjadi generasi yang berpegang teguh kepada Al-Quran. Di sebalik setiap hafazan, tersimpan usaha yang tidak sedikit. Ada air mata, pengorbanan masa, doa ibu bapa serta bimbingan para guru yang tidak pernah… Read More »MAJLIS KONVOKESYEN HUFFAZ NUSANTARA PERMATA AL QURAN MALAYSIA KALI KE-10

MAJLIS RESTU ILMU SMATT 2026

  • by

19 September 2026 | Sabtu Dewan As-Salam, Madrasah At-Tanwiriah Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Restu Ilmu SMATT 2026 yang menghimpunkan para pelajar, ibu bapa, guru-guru serta barisan pentadbir dalam sebuah majlis penuh makna sebagai persiapan menghadapi fasa penting dalam perjalanan pendidikan para pelajar. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil, diikuti Solat Dhuha dan Solat Hajat berjemaah. Seterusnya, para pelajar menerima amanat dan kata-kata perangsang daripada pihak sekolah serta ceramah motivasi… Read More »MAJLIS RESTU ILMU SMATT 2026

TAHNIAH WIRA-WIRA SMATT!

  • by

Alhamdulillah, wakil Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SMATT telah mengharumkan nama sekolah di pentas Hwa Rang Warrior Championship Peringkat Antarabangsa. *4 – 6 September 2026* *Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur* *Keputusan Cemerlang Atlet SMATT:* *Muhammad Luth Iskandar bin Mohd Khalel Ezry* – Pingat Perak Acara Pattern *Muhammad Adib Ilham Nur Hakim bin Nuriyanto* – Pingat Gangsa Acara Sparring Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada Jurulatih SMATT, Sir Omar Idris dan… Read More »TAHNIAH WIRA-WIRA SMATT!

KURSUS ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN (Madrasah Tahfiz Al Quran At Tanwiriah)

  • by

Alhamdulillah, satu lagi langkah ke hadapan buat Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah apabila berpeluang menyertai Kursus Asas Psikologi Pendidikan pada 22 Ogos 2026. Program ini merupakan anjuran bersama Pondok Tahfiz Ummul Mutasaddiqin dan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Bandar Penawar. Pendedahan ini menjadi nilai tambah dalam memperkasa kaedah pengajaran, agar lahir generasi huffaz yang bukan sahaja mantap hafazan, bahkan seimbang dari sudut emosi dan sahsiah. #Tanwiriah#Tahfiz#PsikologiPendidikan#PendidikanHolistik

ALHAMDULILLAH! SATU LAGI PENCAPAIAN BESAR BUAT SMATT!

  • by

الحمد لله ثم الحمد لله Segala puji bagi Allah SWT. Dengan penuh rasa syukur, Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah Tahfiz (SMATT) kini diiktiraf secara rasmi oleh Darul Quran JAKIM sebagai Pusat Pembelajaran Bertauliah (PPB) bagi melaksanakan Program Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB). Pengiktirafan ini membolehkan para pelajar mengikuti laluan hafazan yang lebih tersusun serta memperoleh pengiktirafan rasmi daripada Darul Quran JAKIM mengikut syarat dan tahap yang ditetapkan. Kini di SMATT, pelajar… Read More »ALHAMDULILLAH! SATU LAGI PENCAPAIAN BESAR BUAT SMATT!

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MANAHIJ SPM 2026

  • by

Alhamdulillah, pada Jumaat, 6 Ogos 2026, seramai 20 orang pelajar Ting. 5 Ibnu Rusydi (5 KBD) SMATT telah menyertai Bengkel Teknik Menjawab Manahij SPM yang berlangsung di SMA Ad-Diniah Parit Subari. Bengkel ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Khaidir bin Hanizan, JU MUI 2026 merangkap Guru MUI SMA Jawahir Ulum, yang berkongsi pelbagai teknik dan strategi menjawab soalan Manahij SPM dengan lebih berkesan. Rombongan SMATT diiringi oleh Ustazah Fatin Farhanah… Read More »BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MANAHIJ SPM 2026

SMATT HALL OF FAME: NORISMA BTE ZAKARIA

  • by

Alhamdulillah! Pencapaian membanggakan dari pelajar kami!  Norisma Bte Zakaria kini mengukir nama dalam “SMATT Hall of Fame” selepas terpilih mewakili PASUKAN BOLA BALING MSS DAERAH MUAR dalam KEJOHANAN BOLA BALING MSS NEGERI JOHOR 2026. Tahniah! Kami sangat bangga dengan pencapaian anda. Teruskan berjuang dengan semangat yang tinggi!

COLOUR BELT GRADING TEST 2026

  • by

Alhamdulillah, Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SMATT berbesar hati menjadi tuan rumah dan turut serta dalam program Colour Belt Grading Test 2026 anjuran Body Art Academy Taekwondo Muar Johor. Program ini turut disertai bersama oleh: – SMK TUN Aminah Gemilang, Batu Pahat. – Sek. Ren. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SRATT – SRAB Muar Butiran Program : Tarikh : 26 Julai 2026 Masa : 10.00 pagi hingga selesai Tempat :… Read More »COLOUR BELT GRADING TEST 2026

Kolaborasi Hands-On Eksperimen Sains Tingkatan 5

  • by

Alhamdulillah, pada Jumaat yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Program Kolaborasi Hands-On Eksperimen Sains Tingkatan 5 Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah Tahfiz (SMATT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Mohd Yassin (SMKA HMY) Program ini memberi peluang kepada para pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam kelas melalui aktiviti eksperimen secara hands-on. Selain menambah kefahaman terhadap konsep sains, aktiviti ini turut memupuk kemahiran berfikir secara kritis, bekerjasama dalam kumpulan serta meningkatkan… Read More »Kolaborasi Hands-On Eksperimen Sains Tingkatan 5

Majlis Restu Ilmu Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah

  • by

Telah selesai Majlis Restu Ilmu Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah yang disampaikan oleh Ustaz Zuhairy Bin Zolkiple, dengan kehadiran ibu bapa yang menjadi tulang belakang perjuangan para pelajar. Restu guru dan doa ibu bapa menjadi kekuatan utama buat anak-anak tahfiz untuk terus istiqamah menghafaz, memahami dan mengamalkan Al-Quran. Moga setiap pengorbanan ibu bapa dibalas dengan keberkatan, dan setiap ayat yang dihafaz menjadi syafaat buat keluarga dunia dan akhirat. ____ Untuk lebih… Read More »Majlis Restu Ilmu Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah