Skip to content

MAJLIS RESTU ILMU SMATT 2026

  • by

19 September 2026 | Sabtu

Dewan As-Salam, Madrasah At-Tanwiriah

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Restu Ilmu SMATT 2026 yang menghimpunkan para pelajar, ibu bapa, guru-guru serta barisan pentadbir dalam sebuah majlis penuh makna sebagai persiapan menghadapi fasa penting dalam perjalanan pendidikan para pelajar.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil, diikuti Solat Dhuha dan Solat Hajat berjemaah. Seterusnya, para pelajar menerima amanat dan kata-kata perangsang daripada pihak sekolah serta ceramah motivasi dan keibubapaan yang disampaikan oleh Datuk Hj. Rusdin bin Hj. Mahmud.

Turut berlangsung sesi perkongsian bersama pelajar dan guru-guru, diikuti sesi muhasabah pelajar bersama ibu bapa. Suasana majlis menjadi lebih menyentuh apabila para pelajar menyampaikan ikrar murid serta menerima restu dan sokongan daripada ibu bapa sebelum melangkah ke fasa peperiksaan.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan dan diakhiri dengan majlis bersurai serta sesi kebersamaan pelajar bersama ibu bapa.

Semoga segala ilmu, nasihat, doa dan restu yang dipanjatkan pada hari ini menjadi bekalan buat anak-anak SMATT untuk menghadapi peperiksaan dengan tenang, yakin dan penuh tawakal kepada Allah SWT.

“Bersama Mencorak Kemenjadian Insan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *