Skip to content

admin

Corat-coret Ihya’ Ramadan SMATT

28 MAC 2023: Hari ini telah bermulanya program Tadarus Al-Quran bagi para pelajar dan asatizah Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SMATT Sek. Program tadarus ini akan berlangsung sehingga 13 April 2023. Dalam pada menyemarakkan lagi bulan mulia ini, anak-anak dapat belajar membaiki dan menambah baik bacaan mereka atas bimbingan guru-guru. Semoga perasaan cintakan Al-Quran akan sentiasa subur dalam jiwa kami. Aminnn Untuk lebih gambar & video program ikuti kami… Read More »Corat-coret Ihya’ Ramadan SMATT

PELANTIKAN BADAN DAKWAH, PUSTAKAWAN DAN PENGAWAS

  • by

27 MAC 2023: Selesai majlis watikah pelantikan badan dakwah, pustakawan dan pengawas pada pagi ini. Dimulakan dengan kata aluan, ucapan guru besar, bacaan doa dan terus kepada penyerahan sijil watikah pelantikan. Didoakan mereka semua dapat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang sepanjang sesi ini.

PROGRAM BACK TO SCHOOL SRATT

Selesai hari ke-2 persekolahan, murid-murid menjalani aktiviti yang disusun mengikut perancangan minggu orientasi. Hari ni belajar menyanyikan lagu Madrasah At-Tanwiriah, sesi suai kenal barisan Asatizah Sek. Ren. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SRATT serta pembahagian rumah sukan. Jemput singgah & subscribe.. https://t.me/anakkucelikalquran Jom meriahkan laman facebook dan channel telegram kami di samping mengetahui info-info berkaitan sekolah dan ilmu agama.

WELCOME TO SCHOOL SRATT

  • by

19 MAC 2023: Hari pertama sekolah bermula dengan Taklimat Persekolahan untuk Murid-murid Baru Sek. Ren. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SRATT. Terima kasih kepada IbuBapa/penjaga yang sudi meluangkan masa dan memilih SRATT sebagai tempat untuk anak-anak belajar.

Program Jalinan Mahabbah Tahun 6 sesi 2022/2023

  • by

RABU, 15 MAC 2023: Alhamdulillah, Semalam telah diadakan Program Jalinan Mahabbah Tahun 6 sesi 2022/2023. Program diadakan dengan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwwah sesama rakan murid dalam masa yang sama sebagai tanda ingatan pihak sekolah kepada murid Tahun 6 yang telah menghabiskan pembelajaran di SRATT. Terima kasih kepada ibubapa/penjaga dan selamat maju jaya kepada anak-anak murid sekalian. Jumpa lagi di puncak kejayaan. Jemput singgah & subscribe channel Telegram kami: https://t.me/anakkucelikalquran Jom… Read More »Program Jalinan Mahabbah Tahun 6 sesi 2022/2023

SIMULASI UMRAH & HAJI CILIK PART 2

  • by

9 Februari 2023: Selesai semua aktiviti Haji cilik termasuklah Tawaf, Saie, Melontar ketiga-tiga jamrah, bertahallul. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat buat anak-anak dan direzekikan untuk ke sana satu hari nanti. Insya-Allah.

Simulasi Umrah & Haji cilik Part 1

  • by

9 Februari 2023: Syukur ke hadrat Allah telah selesai simulasi Umrah & Haji cilik murid-murid SRATT. Diberi keizinan cuaca dalam keadaan baik dan elok. Alhamdulillah. Terima kasih kepada penceramah jemputan, Ustaz Roslan bin Abdullah di atas pencerahan dan pengendalian simulasi Umrah dan Haji cilik ini. Semoga murid-murid mendapat pelajaran dan pengalaman sekaligus berazam dan bercita-cita untuk melaksanakan rukun islam yang kelima ini.

𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗚𝗘𝗠𝗣𝗔 𝗕𝗨𝗠𝗜 𝗧𝗨𝗥𝗞𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗥𝗜𝗔 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗦𝗘𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝟮𝟱 𝗙𝗘𝗕 𝟮𝟬𝟮𝟯. 𝗔𝗬𝗨𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗦𝗔𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗘𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔.

  • by

RM 200,000 diperlukan untuk kami bawa ke sana InshaAllah pada 25 Februari 2023, sekretariat Pertubuhan Kebajikan At-Tanwiriah Malaysia akan ke Turki-Syria untuk membantu mangsa gempa bumi Jom hulurkan sumbangan ikhlas anda ke Tabung Bencana Gempa Bumi Tukri & Syria di sini 👇🏻 https://tinyurl.com/5n7p7d4f Atau terus transfer ke akaun Pertubuhan Kebajikan At-Tanwiriah Malaysia 𝗡𝗼 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻: 5510 4353 5264 (Maybank) Reference : Gempa Untuk keterangan lanjut sila hubungi : Ustaz Rahim –… Read More »ð—§ð—”𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗚𝗘𝗠𝗣𝗔 𝗕𝗨𝗠𝗜 𝗧𝗨𝗥𝗞𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗥𝗜𝗔 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗦𝗘𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝟮𝟱 𝗙𝗘𝗕 𝟮𝟬𝟮𝟯. 𝗔𝗬𝗨𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗦𝗔𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗘𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔.

TEMUDUGA KEMASUKAN PELAJAR BARU SMATT BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2023

  • by

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SMATT akan mengadakan sesi temuduga kemasukan bagi pengambilan pelajar baru sesi persekolahan 2023 sebagaimana berikut : 4 Februari 2023 Sabtu 9 Pagi – 1 Petang Dewan SMATT Antara elemen yang diuji kepada pelajar semasa sesi temuduga ialah : 1. Ujian bertulis (Asas akademik & Diniyah) 2. Sesi menghafaz ayat/surah pilihan 3. Ujian lisan hafazan 4. Ujian lisan asas fardu ain Oleh itu, dijemput kepada semua pelajar… Read More »TEMUDUGA KEMASUKAN PELAJAR BARU SMATT BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2023