Skip to content

Lawatan Ketua Jemaah Nazir, Unit Naziran, Jabatan Agama Islam Negeri Johor

  • by

5 Disember 2023 | Selasa

Alhamdulillah, semalam SMATT telah menerima kunjungan rasmi daripada Timbalan Ketua Jemaah Nazir, Unit Naziran, Jabatan Agama Islam Negeri Johor iaitu Ustaz Zamri Bin Momen dan Penolong Pengarah Seksyen Kurikulum Rendah, Unit Akademik, Jabatan Agama Islam Negeri Johor iaitu Ustaz Abdul Salam Bin Ali.

Lawatan tersebut telah diadakan bagi meninjau pergerakan peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) agar berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih buat pegawai-pegawai yang sudi hadir ke SMATT.

Sekali lagi, sama-sama kita doakan agar calon-calon SMRA SMATT 2023 dipermudahkan urusan peperiksaannya dan memperoleh kejayaan yang cemerlang. Amin Ya Rabb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *