Skip to content

admin

SRAT Perujian Tilawah Al-Quran zon Parit Jawa

25 Mei 2023 | Khamis Sekolah kami telah menghantar seramai 18 orang peserta menyertai Perujian Tilawah Al-Quran zon Parit Jawa hari ini. Subhanallah… Alhamdulillah… Allahu Akbar!! Tahniah kepada semua peserta, guru pembimbing dan ibu bapa yang memberi sokongan penuh dlm MTQ sekolah2 agama peringkat Zon Parit Jawa 2023!! SRI At-Tanwiriah (Tahfiz) menjadi JOHAN KESELURUHAN dengan keputusan berikut: JOHAN 1. ‘Ilman Azizi (Tilawah tahap 1 putera) 2. ‘Isyah Radhiyah (Syarahan Bahasa… Read More »SRAT Perujian Tilawah Al-Quran zon Parit Jawa

Aktiviti kokurikulum SMATT

13-14 Jun 2023 (Selasa & Rabu) Suasana sekitar aktiviti kokurikulum SMATT yang berlangsung pada minggu lalu. Antara unit beruniform dan kelab permainan yang terlibat ialah Bulan Sabit Merah Malaysia, Taekwondo, Kelab Badminton, Kelab Catur, Kelab Bola Baling dan juga Kelab Ping Pong.

Pertandingan Catur Terbuka

17 Jun 2023 (Sabtu) Alhamdulillah, pasukan catur SMATT telah menyertai satu Pertandingan Catur Terbuka anjuran UITM Jasin, Melaka dan juga diadakan di UITM Jasin, Melaka. Keputusan terbaik pasukan catur SMATT adalah seperti yang berikut: Kategori bawah 15 tahun – Ameer Faidh (Tingkatan 3) Ranking 44/200 Kategori Terbuka – Najeehin Alwi (Tingkatan 4) Ranking 41/99 Tahniah diucapkan! Diharapkan agar anak-anak peserta mengambil pengalaman ini sebagai pemangkin semangat serta motivasi untuk terus… Read More »Pertandingan Catur Terbuka

Bengkel Permainan Asas Catur

  • by

16 Jun 2023 (Jumaat) Alhamdulillah, sebuah Bengkel Permainan Asas Catur telah diadakan di Dewan Ibnu Sina SMATT pada 16 Jun 2023 (Jumaat). Bengkel ini adalah anjuran bersama antara SMATT dan Persatuan Catur Daerah Pontian (PCDP). Pelaksanaan bengkel ini merupakan antara persediaan pasukan catur SMATT sebelum ke pertandingan catur terbuka di Jasin dan pertandingan catur peringkat MSSD. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Presiden PCDP iaitu En. Ahmad Jais Bin Pani dan… Read More »Bengkel Permainan Asas Catur

Perlawanan Persahabatan Bola Baling

13 Jun 2023 (Selasa) & 16 Jun 2023 (Jumaat) Alhamdulillah, pasukan bola baling SMATT telah menyertai beberapa perlawanan persahabatan yang bertempat di SMK Raja Muda & Kompleks Sukan Komuniti, Pulau Penarik, Tangkak. Perlawanan persahabatan ini adalah antara persediaan awal bagi pasukan SMATT menyertai pertandingan bola baling peringkat MSSD pada 20 Jun 2023. Sebelum itu juga, beberapa siri latihan telah diadakan di gelanggang Dewan Parit Haji Ali dan di gelanggang Dewan… Read More »Perlawanan Persahabatan Bola Baling

TAHNIAH BUAT CALON SMA & SPM 2022

8 Jun 2023 | Khamis Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah izin-Nya, keputusan SPM & SMA 2022 telah disampaikan dalam Majlis Penyerahan Keputusan SMA & SPM 2022. Majlis telah berlangsung pada jam 10.00 pagi di Dewan Ibnu Sina, SMATT. Alhamdulillah, seramai 5 orang pelajar telah mendapat 7A, seorang pelajar mendapat 6A dan 2 orang pelajar mendapat 5A. Syabas! Bagi keputusan SMA pula, seorang pelajar telah memperoleh Jayyid Jiddan dan… Read More »TAHNIAH BUAT CALON SMA & SPM 2022

Program Marhaban Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah (team B)

  • by

5 & 6 MEI 2023 Riang ria pelajar- pelajar tahfiz bermarhaban, Alhamdulillah Untuk lebih gambar & video program/aktiviti pelajar, ikuti kami melalui rangkaian media sosial MTAQT berikut : Telegram : https://t.me/mtaqt Instagram : https://instagram.com/mtaqtanwiriah?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Program Marhaban Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah

4 MEI 2023 Alhamdulillah, telah berlangsung Program Marhaban bagi Team A di kawasan Muar. Budaya ziarah menziarahi di rumah-rumah Murabbi dan juga para pelajar merupakan program penting di Madrasah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara guru, pelajar dan ibu bapa. Semoga ikatan silaturrahim antara kita terus terjalin hingga ke Syurga, Insya-Allah.

Program Empower Madrasah Student (Japanese Language)

12 Mei 2023 | Jumaat Alhamdulillah, turut berlangsung Program Empower Madrasah Student (Japanese Language) anjuran IIUM Pagoh yang bertempat di dewan SMATT. Program ini telah disertai oleh para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Pelbagai aktiviti seperti “explorace” dan kelas asas bahasa Jepun telah diadakan. Diharap agar program ini boleh menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk mempelajari dan menguasai lebih banyak bahasa dan ilmu Allah yang luas ini. Tahniah dan… Read More »Program Empower Madrasah Student (Japanese Language)