3 OGOS 2023 | KHAMIS
Alhamdulillah, sedang berlangsung Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 bagi semua pelajar SMATT. Peperiksaan telah bermula pada 31 Julai 2023 dan dijangka tamat pada 10 Ogos 2023. Peperiksaan merangkumi peperiksaan syafawi/lisan dan juga bertulis dengan menggunakan format penuh seperti peperiksaan sebenar.
Didoakan agar para pelajar SMATT dipermudahkan urusan menjawab, dilancarkan hafalannya serta mendapat keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan ini. Amin