Skip to content

2,000 TETAMU HADIR MAULID 4.0 AKBAR AT-TANWIRIAH MUAR,JOHOR

  • by

17 NOVEMBER 2023 | JUMAAT

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, akhirnya selesai sudah Majlis Maulid Akbar Tanwiriah Berselawat 4.0 serta Pelancaran Infak4Tanwiriah dan Buku Himpunan 40 Mutiara Bicara Almarhum Tuan Guru Haji Hasbullah Bin Haji Salleh pada 17 November yang lalu.

.

Terima kasih kepada para tetamu yang sudi hadir khususnya tetamu istimewa, iaitu YB Haji Abdul Aziz Bin Talib (Penaung Madrasah At-Tanwiriah), Ustaz Kamalulhysham Mohd Suhut (Pengerusi Madrasah At-Tanwiriah), Ustaz Luqmanulhakim Bin Abdul Rahman Al-Iskandarani (Amin Baitulmal MAINJ Kota Tinggi), saudara Daqmie, Rabbani dan adik Abdulrahman serta para pewakaf dan penyumbang madrasah.

.

Terima kasih juga kepada semua individu yang sudi berkongsi rezeki bersama kami bagi menampung segala kos pengurusan majlis dan jamuan makan yang disediakan.

.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua krew-krew madrasah yang bersusah-payah, bertungkus lumus dan bekerjasama dalam menjayakan majlis Maulid Akbar 4.0.

.

Akhir kalam, memohon kemaafan dari kami jika terdapat kekurangan dan kelemahan dalam majlis ini. In syaa Allah, kita bertemu lagi di Maulid Akbar 5.0 1446H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *