Skip to content

Kolaborasi Hands-On Eksperimen Sains Tingkatan 5

  • by

Alhamdulillah, pada Jumaat yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Program Kolaborasi Hands-On Eksperimen Sains Tingkatan 5 Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah Tahfiz (SMATT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Mohd Yassin (SMKA HMY)

Program ini memberi peluang kepada para pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam kelas melalui aktiviti eksperimen secara hands-on. Selain menambah kefahaman terhadap konsep sains, aktiviti ini turut memupuk kemahiran berfikir secara kritis, bekerjasama dalam kumpulan serta meningkatkan keyakinan pelajar ketika menjalankan eksperimen di makmal.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru, dan para pelajar yang telah menjayakan program ini.

Semoga jalinan kerjasama antara SMKA HMY dan SMATT terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi yang cintakan ilmu, inovatif dan berdaya saing.

“Belajar, Bereksperimen, Berinovasi, Meneroka Sains.” 🧪

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *