Skip to content

August 24, 2026

KURSUS ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN (Madrasah Tahfiz Al Quran At Tanwiriah)

  • by

Alhamdulillah, satu lagi langkah ke hadapan buat Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah apabila berpeluang menyertai Kursus Asas Psikologi Pendidikan pada 22 Ogos 2026. Program ini merupakan anjuran bersama Pondok Tahfiz Ummul Mutasaddiqin dan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Bandar Penawar. Pendedahan ini menjadi nilai tambah dalam memperkasa kaedah pengajaran, agar lahir generasi huffaz yang bukan sahaja mantap hafazan, bahkan seimbang dari sudut emosi dan sahsiah. #Tanwiriah#Tahfiz#PsikologiPendidikan#PendidikanHolistik

ALHAMDULILLAH! SATU LAGI PENCAPAIAN BESAR BUAT SMATT!

  • by

الحمد لله ثم الحمد لله Segala puji bagi Allah SWT. Dengan penuh rasa syukur, Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah Tahfiz (SMATT) kini diiktiraf secara rasmi oleh Darul Quran JAKIM sebagai Pusat Pembelajaran Bertauliah (PPB) bagi melaksanakan Program Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB). Pengiktirafan ini membolehkan para pelajar mengikuti laluan hafazan yang lebih tersusun serta memperoleh pengiktirafan rasmi daripada Darul Quran JAKIM mengikut syarat dan tahap yang ditetapkan. Kini di SMATT, pelajar… Read More »ALHAMDULILLAH! SATU LAGI PENCAPAIAN BESAR BUAT SMATT!