Skip to content

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MANAHIJ SPM 2026

  • by

Alhamdulillah, pada Jumaat, 6 Ogos 2026, seramai 20 orang pelajar Ting. 5 Ibnu Rusydi (5 KBD) SMATT telah menyertai Bengkel Teknik Menjawab Manahij SPM yang berlangsung di SMA Ad-Diniah Parit Subari.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Khaidir bin Hanizan, JU MUI 2026 merangkap Guru MUI SMA Jawahir Ulum, yang berkongsi pelbagai teknik dan strategi menjawab soalan Manahij SPM dengan lebih berkesan.

Rombongan SMATT diiringi oleh Ustazah Fatin Farhanah dan Ustaz Umar, dengan pergerakan bermula pada jam 2.15 petang dari asrama banat sebelum bertolak ke SMA Ad-Diniah Parit Subari pada jam 2.30 petang. Bengkel berlangsung dari 3.00 hingga 5.00 petang, sebelum para pelajar kembali ke asrama banat dan banin.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustaz Mohd Akhmal, Guru MUI SMA Ad-Diniah Parit Subari, atas kerjasama dan kesudian menganjurkan program yang sangat bermanfaat ini.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan menjadi bekalan berharga kepada para pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM 2026, seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang, insya-Allah.

#SMATT#SPM2026#ManahijSPM#MUI#KBD#PendidikanIslam#MenujuKecemerlangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *