Skip to content

admin

Peperiksaan Percubaan SPM 2020

  • by

Hari pertama peperiksaan percubaan SPM pagi ini dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu (Kertas 1). Peperiksaan akan berjalan selama 2 jam 15 minit.Turut berlangsung peperiksaan akhir tahun bagi pelajar tingkatan 4. Sebelum menduduki Peperiksaan Percubaan SMA pada minggu hadapan.Mohon doa semua agar anak-anak pewaris nabi ini diberikan kejayaan yang cemerlang. اللهم لا سهلا إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا. رب يسر ولا تعسر. رب تمم بالخير. اللهم… Read More »Peperiksaan Percubaan SPM 2020

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1442H MTAQ AT-TANWIRIAH

  • by

Assalamualaikum Wbt. Pertamanya marilah kita merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari kiamat. Tanggal 12 Rabi’ul Awwal yang disambut oleh majoriti umat Islam setiap tahun, merupakan hari ulang tahun kelahiran insan paling mulia, iaitu Nabi ﷺ ke bumi ini, dengan membawa 1001 rahmat ke seluruh alam. Firman Allah… Read More »PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1442H MTAQ AT-TANWIRIAH

Khatam Al-Quran 7 kali

  • by

Alhamdulillah dan tahniah buat adik Muhammad Haziq Hakimi bin Mohd Zaaba yang berjaya mengkhatamkan hafazan Al-Quran buat kali ke-7 sepanjang berada di Smat At Tanwiriah Tahfiz. Semoga Haziq terus diberi kekuatan untuk dapat terus kekal beramal dengan Al-Quran dan diberikan kejayaan dalam peperiksaan SPM yang bakal tiba.

Mesyuarat bulanan Guru

  • by

Alhamdulillah,pada 21 Oktober 2020 mesyuarat bulanan Smat At Tanwiriah Tahfiz bersama guru-guru yg mantop. SPM 2020, kami target 5 orang pelajar kami dapat 8A. Mudah-mudahan semua pelajar kami beroleh kejayaan yg cemerlang, Amin. Untuk permohonan masuk ke SPM FAST TRACK 2021 bolehlah daftar online di website madrasah.www.mtaqtanwiriah.edu.my

Tahniah adik Izzul Hazim Bin Zaini

  • by

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada adik Izzul Hazim Bin Zaini yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran 30 juzuk pada 20/10/2020. Cantik tarikh adik Izzul khatamkan Al-Quran. Semoga dengan kejayaan adik Izzul dapat memberi inspirasi dan sumber semangat kepada pelajar yang lain. Semoga adik Izzul dapat menjaga kalam Allah seterusnya dapat mentadabbur ayat Alquran. Allahumma Aamiin.

Ceramah motivasi Restu Ilmu

  • by

Pada 17 Oktober 2020, Sekolah Menengah At-Tanwiriah telah mengadakan ceramah motivasi Restu Ilmu untuk pelajar pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, SMA dan SMRA. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Ikhsan Jaafar. Semoga dengan ilmu dan nasihat yang disampaikan kepada pelajar dapat diamalkan dalam diri mereka.

Program Malam Restu Ilmu

  • by

Pada 15 Oktober 2020, Program malam Restu Ilmu telah diadakan untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, SMA dan SMRA. Semoga dengan program ini semua pelajar madrasah at-Tanwiriah berjaya dengan cemerlang dengan peperiksaan yang mereka hadapi. Aaminn.