Skip to content

Bengkel Teknik Menjawab SPM

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SPM PENDIDIKAN QURAN & SUNNAH

  • by

Pada 18 September 2020, Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah (Tahfiz) telah membuat Bengkel Teknik Menjawab Kertas SPM Pendidikan Quran & Sunnah (PQS) bersama Ustaz M Nazom Mohd Yusof, Guru Cemerlang PQS DG48 daripada SMKA Segamat. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ustaz atas kesudian ustaz meluangkan masa menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak pelajar. Semoga dengan ilmu yang disampaikan kepada pelajar dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA ARAB SPM

  • by

Pada hari Sabtu, 5 September 2020, SMAT At-Tanwiriah telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kertas Bahasa Arab SPM bersama Al Fadhil Ustaz Muhidir Tamjis dari SMK Pekan Baru, Muar. Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas kesudian ustaz hadir untuk membimbing anak-anak pelajar SPM kami. Semoga atas ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh pelajar semua.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS MATEMATIK SPM

  • by

Pada hari ini 4 September 2020, SMAT At-Tanwiriah telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kertas Matematik SPM yang disampaikan oleh Cikgu Noorhana Bt Karim dari SMK Dato Sri Amar Diraja, Muar untuk calon-calon SPM. Bengkel ini diadakan untuk calon SPM fokus kepada teknik untuk menjawab soalan-soalan Matematik akan datang.