Skip to content

Haasin Design & Printing

Majlis Anugerah Kecemerlangan (HAK) 2023

  • by

Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK ’23) Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Madrasah At-Tanwiriah akan menganjurkan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) bagi tahun 2023 pada 18 Februari 2023. Dengan tema :Memartabat Keilmuan Menjulang Kecemerlangan. Ayuh, bersama kita jayakannya. 

Majlis Ihtifal Ilmi Madrasah, Tahfiz dan Pondok Daerah Muar

  • by

Pada 24 Novermber 2022: Keputusan Penuh Majlis Ihtifal Ilmi Madrasah, Tahfiz dan Pondok Daerah Muar yang bertempat di SRA Irsyadul Banat, Muar. KEPUTUSAN PENUH: > Berzanji L : Muhammad Asyraf 6B Johan P : Nureen Khadijah 6B Johan > Syarahan Bahasa Arab L : Ammar Mujahid 5B Johan P : ‘Isyah Radhiyah 5B Johan > Syarahan Pidato Bahasa Melayu P : Aina Najya 6A Naib Johan > Syarahan Pidato Bahasa… Read More »Majlis Ihtifal Ilmi Madrasah, Tahfiz dan Pondok Daerah Muar

Kunjungan SKM cawangan Negeri dan cawangan Muar

  • by

Pada 9 November 2022; Pihak kami telah menerima kunjungan daripada En Fadilah bin Salim, Pengarah SKM Cawangan Negeri Johor dan rombongan SKM Cawangan Muar. Banyak bantuan, geran dan tunjuk ajar yang telah koperasi terima sejak dari 2014 lagi. Terima kasih kepada pihak SKM terutamanya Pn Haliza dan Pn Asyikin yang begitu kuat menyokong Koperasi At Tanwiriah untuk bangun dan terus bergerak, Alhamdulillah.

Peperiksaan Percubaan SPM 2022

  • by

Pada 7 November 2022 telah berlangsungnya Peperiksaan Percubaan SPM 2022 untuk para pelajar SPM. Semoga semua pelajar dapat menjawab soalan dgn tenang seterusnya beroleh kejayaan yg cemerlang, Amin.

Majlis Khatam Hafazan 30 Juzuk Pelajar Tingkatan 3

  • by

3 November 2022: Alhamdulillahdan tahniah buat adik Muhammad Huseinul Khair B Mohamad Ikhsan kerana berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran. Tahniah juga kepada ibubapanya tak lupa juga kepada guru pembimbing Ustazah Norraudah Hanum Salim. Semoga terus ke peringkat syahadah insha ALLAH. Mudah-mudahanan Al Quran sentiasa di dada sampai bila-bila, Amin.

TAHNIAH!

  • by

14 Julai 2022: Kami telah menghantar seorang murid kami, Husna Hisamudin bagi menyertai Pertandingan Bercerita Piala SRI TENBY bertemakan Hikayat Cerita Melayu Klasik. 8-9 Oktober 2022: Dua orang murid kami telah menyertai acara Putrajaya Taekwondo Challenge di Gelanggang Futsal, Mokhtar Dahari, Putrajaya. Peserta terlibat ialah Siti Nur Aliyah Bt Mohd Khairuddin mendapat Medal Emas manakala Siti Nur Aisyah Bt Mohd Khairuddin mendapat Medal Gangsa. Tahniah diucapkan kepada peserta atas usaha… Read More »TAHNIAH!

PERUJIAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI

  • by

Sekolah kami telah terpilih untuk mewakili daerah Muar dalam acara berzanji lelaki & perempuan yang diadakan di Segamat, Johor. Perujian ini telah diadakan pada hari khamis yang lepas, 20 Oktober 2022. Alhamdulillah, tahniah di atas usaha mereka dalam mengalunkan bacaan berzanji mereka. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi semangat kepada mereka. Sebuah pengalaman yang cukup berharga! Tahniah Nureen Khadijah binti Fadzlezam dan Muhammad Asyraf bin Mohd Hafisd !… Read More »PERUJIAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI

Hari Keusahawanan 2022

  • by

29 September 2022: Selesai sudah Hari Keusahawanan Madrasah Sri At-Tanwiriah Tahfiz dan Sekolah Menengah Agama Tahfiz At-Tanwiriah.