Skip to content

Johor

Program Ihya’ Ramadhan SRAT

  • by

Antara program ihya; ramadan yang diadakan adalah pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan pertandingan mewarna & melukis poster yang dibuat pada waktu kokorikulum. Selain itu, Tadarus Al Quran juga termasuk di dalam program ihya’ Ramadan untuk anak anak Sekolah Rendah Agama Tanwiriah (Tahfiz). Tadarus Al Quran ini dijalankan pada setiap pagi selelpas dhuha dan akan dipecahkan mengikut kumpulan tadarus yang diketuai seorang guru. Mereka diberikan 2 juzuk dan guru sebagai… Read More »Program Ihya’ Ramadhan SRAT

BERBUKA PUASA DAN TERAWIH PELAJAR SMATT

  • by

5 APRIL 2023: Alhamdulillah. Suasana sewaktu berbuka puasa bagi pelajar banin dan banat. Selepas selesai berbuka, para pelajar menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah dan seterusnya melaksanakan ibadah solat sunat terawih berjemaah di Dewan As-Salam bagi pelajar banin. Syukur alhamdulillah untuk rezeki anak-anak tahfiz ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat para penginfak yang telah bermurah hati memberi sumbangan dalam program Infak Ramadan di Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz… Read More »BERBUKA PUASA DAN TERAWIH PELAJAR SMATT

Corat-coret Ihya’ Ramadan SMATT

28 MAC 2023: Hari ini telah bermulanya program Tadarus Al-Quran bagi para pelajar dan asatizah Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SMATT Sek. Program tadarus ini akan berlangsung sehingga 13 April 2023. Dalam pada menyemarakkan lagi bulan mulia ini, anak-anak dapat belajar membaiki dan menambah baik bacaan mereka atas bimbingan guru-guru. Semoga perasaan cintakan Al-Quran akan sentiasa subur dalam jiwa kami. Aminnn Untuk lebih gambar & video program ikuti kami… Read More »Corat-coret Ihya’ Ramadan SMATT

PELANTIKAN BADAN DAKWAH, PUSTAKAWAN DAN PENGAWAS

  • by

27 MAC 2023: Selesai majlis watikah pelantikan badan dakwah, pustakawan dan pengawas pada pagi ini. Dimulakan dengan kata aluan, ucapan guru besar, bacaan doa dan terus kepada penyerahan sijil watikah pelantikan. Didoakan mereka semua dapat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang sepanjang sesi ini.

PROGRAM BACK TO SCHOOL SRATT

Selesai hari ke-2 persekolahan, murid-murid menjalani aktiviti yang disusun mengikut perancangan minggu orientasi. Hari ni belajar menyanyikan lagu Madrasah At-Tanwiriah, sesi suai kenal barisan Asatizah Sek. Ren. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SRATT serta pembahagian rumah sukan. Jemput singgah & subscribe.. https://t.me/anakkucelikalquran Jom meriahkan laman facebook dan channel telegram kami di samping mengetahui info-info berkaitan sekolah dan ilmu agama.

WELCOME TO SCHOOL SRATT

  • by

19 MAC 2023: Hari pertama sekolah bermula dengan Taklimat Persekolahan untuk Murid-murid Baru Sek. Ren. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SRATT. Terima kasih kepada IbuBapa/penjaga yang sudi meluangkan masa dan memilih SRATT sebagai tempat untuk anak-anak belajar.

Program Jalinan Mahabbah Tahun 6 sesi 2022/2023

  • by

RABU, 15 MAC 2023: Alhamdulillah, Semalam telah diadakan Program Jalinan Mahabbah Tahun 6 sesi 2022/2023. Program diadakan dengan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwwah sesama rakan murid dalam masa yang sama sebagai tanda ingatan pihak sekolah kepada murid Tahun 6 yang telah menghabiskan pembelajaran di SRATT. Terima kasih kepada ibubapa/penjaga dan selamat maju jaya kepada anak-anak murid sekalian. Jumpa lagi di puncak kejayaan. Jemput singgah & subscribe channel Telegram kami: https://t.me/anakkucelikalquran Jom… Read More »Program Jalinan Mahabbah Tahun 6 sesi 2022/2023

SIMULASI UMRAH & HAJI CILIK PART 2

  • by

9 Februari 2023: Selesai semua aktiviti Haji cilik termasuklah Tawaf, Saie, Melontar ketiga-tiga jamrah, bertahallul. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat buat anak-anak dan direzekikan untuk ke sana satu hari nanti. Insya-Allah.

Simulasi Umrah & Haji cilik Part 1

  • by

9 Februari 2023: Syukur ke hadrat Allah telah selesai simulasi Umrah & Haji cilik murid-murid SRATT. Diberi keizinan cuaca dalam keadaan baik dan elok. Alhamdulillah. Terima kasih kepada penceramah jemputan, Ustaz Roslan bin Abdullah di atas pencerahan dan pengendalian simulasi Umrah dan Haji cilik ini. Semoga murid-murid mendapat pelajaran dan pengalaman sekaligus berazam dan bercita-cita untuk melaksanakan rukun islam yang kelima ini.