Skip to content

khatam al-quran

Majlis Khatam Hafazan 30 Juzuk Pelajar Tingkatan 3

  • by

3 November 2022: Alhamdulillahdan tahniah buat adik Muhammad Huseinul Khair B Mohamad Ikhsan kerana berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran. Tahniah juga kepada ibubapanya tak lupa juga kepada guru pembimbing Ustazah Norraudah Hanum Salim. Semoga terus ke peringkat syahadah insha ALLAH. Mudah-mudahanan Al Quran sentiasa di dada sampai bila-bila, Amin.

Khatam Al-Quran 7 kali

  • by

Alhamdulillah dan tahniah buat adik Muhammad Haziq Hakimi bin Mohd Zaaba yang berjaya mengkhatamkan hafazan Al-Quran buat kali ke-7 sepanjang berada di Smat At Tanwiriah Tahfiz. Semoga Haziq terus diberi kekuatan untuk dapat terus kekal beramal dengan Al-Quran dan diberikan kejayaan dalam peperiksaan SPM yang bakal tiba.

Tahniah adik Izzul Hazim Bin Zaini

  • by

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada adik Izzul Hazim Bin Zaini yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran 30 juzuk pada 20/10/2020. Cantik tarikh adik Izzul khatamkan Al-Quran. Semoga dengan kejayaan adik Izzul dapat memberi inspirasi dan sumber semangat kepada pelajar yang lain. Semoga adik Izzul dapat menjaga kalam Allah seterusnya dapat mentadabbur ayat Alquran. Allahumma Aamiin.