TAHNIAH SPM 2021
17 Jun 2022: Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SPM 2021 yang berjaya. Semoga dengan kejayaan sekarang adalah permulaan anda untuk mngorak langkah menuju destinasi yang ditujui. Insya-Allah.
17 Jun 2022: Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SPM 2021 yang berjaya. Semoga dengan kejayaan sekarang adalah permulaan anda untuk mngorak langkah menuju destinasi yang ditujui. Insya-Allah.
15 Jun 2022: Pembentangan laporan persiapan ke Turki, laporan perjalanan ke Afrika dan pendidikan alhamdulillah berjalan lancar. Semoga perjalanan penghantaran pelajar ke Turki pada September 2022 berjalan dengan lancar serta dipermudahkan. Aamin.
19 April 2022: Hari ini berlangsungnya pertandingan tazkirah Ramadan di kalangan anak-anak pelajar SMATT. Semua peserta menampilkan aksi bersemangat dalam menghidupkan budaya ilmu di bulan Ramadan.
Aktiviti hujung minggu anak-anak pelajar SMATT. Adik-adik baru pelajar asrama banin belajar mengikat serban. Segak dan kacak dah semua. Manakala, pelajar banat beriadah bersama mengeratkan ukhuwah Islamiah.
19 Mac 2022: Telah berlangsung pendaftaran pelajar SMATT bagi sesi persekolahan 2022. Pelajar tingkatan 1, 4 dan 5 akan terus memulakan sesi pengajaran & pembelajaran yang akan bermula esok 20 Mac 2022.
22 Februari 2022: Aktiviti pemulangan buku teks telah dilakukan melalui kaedah pandu lalu (drive-thru).
Isnin, 15 November 2021 – Alhamdulillah selesai sudah ujian lisan percubaan SPM bagi 2021 untuk hari pertama.
Pihak Smat At Tanwiriah Tahfiz (SMATT) dengan ini membuka semua calon yang layak untuk menghadiri temuduga kemasukan ke SMATT bagi sesi persekolahan 2022 yang akan diadakan secara atas talian (online) pada 11 Oktober & 15 November 2021. Untuk pendaftaran, sila imbas kod QR yang tertera pada iklan atau hubungi terus pejabat SMATT melalui talian 06 987 4240 atau whatsapp ke talian 011 3565 4240. Ayuh, daftar segera! Tempat adalah terhad! #JomNgajiTanwiriah#SMATT#FastTrackSPM
Pada 31 Ogos 2021, diumumkan Johan untuk Pertandingan Video Merdeka. Tahniah diucapkan kepada Arina Zawani Binti Mat Som daripada Tingkatan 4 Zubair al-Awwam. Memang terbaik video yang diberikan. Penuh dengan informasi dan kreatif. Jom sama-sama kita saksikan di link di bawah. https://www.facebook.com/100032398143044/videos/145443101088339/
PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SMATT 2021 Bersempena Bulan Kemerdekaan 2021 ini, pihak sekolah Smat At Tanwiriah Tahfiz akan menganjurkan program-program menarik buat para pelajar yang bertemakan “MALAYSIA PRIHATIN!” Antara yang menarik ialah : – Pertandingan Video Merdeka – Pertandingan Merekacipta Poster Merdeka – Kuiz MerdekaDan bermacam-macam lagi! Pihak sekolah juga menyediakan Hadiah Wang Tunai berjumlah sehingga RM1800 untuk dimenangi termasuk Hadiah Cabutan Bertuah buat para pelajar. Para pelajar yang disayangi… Read More »PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SMATT 2021