Skip to content

qurban amal

Hari Keusahawanan 2022

  • by

29 September 2022: Selesai sudah Hari Keusahawanan Madrasah Sri At-Tanwiriah Tahfiz dan Sekolah Menengah Agama Tahfiz At-Tanwiriah.

Hari Terbuka SRATT 2022

  • by

25 September 2022: Alhamdulillah telah selesai program Hari Terbuka SRATT. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir berjumpa dengan guru-guru, membincangkan perihal pelajaran dan sahsiah anak bagi memastikan mereka tidak ketinggalan. Semoga hasil pertemuan ini kemenjadian murid lebih baik, sekaligus mereka mencapai target untuk diri mereka.

Aktiviti Ko-Kurikulum SMATT

  • by

21 September 2022: Kelab Ekonomi Rumah Tangga – Aktiviti : Membuat Kek Batik Tanweer Cocoa Untuk lebih gambar & video program ikuti kami melalui channel telegram berikut: https://t.me/MediaSmatt

Ekspedisi Mendaki Bukit Mor

  • by

17 September 2022: Sebagai aktiviti menyambut Hari Malaysia anak-anak pelajar Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SMATT telah mengikut ekspedisi mendaki Bukit Mor Pt. Jawa Muar. Antara objektif aktiviti ini adalah untuk untuk menguatkan fizikal & mental pelajar dalam melayari bahtera kehidupan. Untuk lebih gambar & video program ikuti kami melalui channel telegram berikut: https://t.me/MediaSmatt

Majlis Penutup Minggu Kemerdekaan SMATT 2022

  • by

18 September 2022: Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Mat Kilau yang berjaya menggondol gelaran Juara Keseluruhan untuk pertandingan-pertandingan yang dijalankan sepanjang Minggu Kemerdekaan SMATT 2022. Untuk lebih gambar & video program ikuti kami melalui channel telegram berikut: https://t.me/MediaSmatt

Sambutan Ambang Merdeka kali ke-65 Peringkat SMATT 2022

  • by

30 Ogos 2022: Terima kasih diucapkan kepada Tuan Inspektor Mohd Faiz Esa daripada IPD Segamat yang sudi hadir bagi memberi pengisian ceramah kemerdekaan untuk anak-anak SMATT. Sebelum sesi ceramah, anak-anak juga ditayangkan dengan filem Leftenan Adnan bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri pelajar. Untuk lebih gambar & video program ikuti kami melalui channel telegram berikut : https://t.me/MediaSmatt

Hari Terbuka SMATT 2022

  • by

31 Ogos 2022: Telah berlangsung dengan jayanya program Hari Terbuka SMATT pada hari ini kehadiran ibubapa penjaga yang sungguh menggalakkan. Terima kasih kepada semua ibubapa penjaga atas penglibatan dalam program yang dianjurkan ini. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk ibubapa penjaga pelajar hadir dan melihat sendiri perkembangan sahsiah dan prestasi pelajaran anak-anak sepanjang setengah tahun sesi persekolahan berjalan. Ini menunjukkan yang pihak sekolah sentiasa terbuka untuk menerima sebarang respon,… Read More »Hari Terbuka SMATT 2022

PERTEMUAN BERSAMA PEWAKAF MADRASAH

  • by

28 Jun 2022: Alhamdulillah selesai pertemuan dgn pewakaf Tn Hj Muhammad Hussin pagi tadi. Semoga ALLAH terus murahkan rezeki Tn Hj serta dipermudahkan segala urusannya, Amin.

JOM MENABUNG UNTUK SAHAM AKHIRAT

  • by

Marilah kita sediakan harta terbaik untuk bekalan kita di akhirat kelak. Bukan itu saja, bersedekahlah kerana sedekah dapat membuka pintu rezeki dan harta.Dana ini akan digunakan bagi urusan Pembangunan & Pengurusan Prasarana SekolahAnggaran kos yang diperlukan sangat besar untuk pembinaan dan pengurusan madrasah meliputi perkara-perkara berikut :* Kos Pembinaan Banggunan Tambahan* Kos Tajaan Pengajian Di Dalam & Di Luar Negara Anak-Anak Tahfiz Asnaf dan Kurang Berkemampuan* Kos Pengurusan dan Pentadbiran… Read More »JOM MENABUNG UNTUK SAHAM AKHIRAT