Skip to content

SMA

JADUAL GERAK GEMPUR SMA & SPM 2021

  • by

InsyaAllah sepanjang cuti perayaan Depavaali yang bermula pada hari ini, anak-anak pelajar SMATT akan terus mengikuti program gerak gempur peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Sijil Menengah Agama (SMA) yang akan diduduki pada penggal pertama tahun 2022 akan datang. Mohon doakan anak-anak ini untuk terus gagah dan gigih dalam perjuangan menuntut ilmu seterusnya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Peperiksaan Percubaan SMA & SPM 2020

  • by

Pada 29 Disember 2020, Sekitar suasana persekolahan hari ke-2. Calon-calon SPM&SMA 2020 masing-masing hari ini sedang menyambung peperiksaan percubaan yang tertangguh akibat PKPB tempoh hari.Manakala pelajar-baru tingkatan 4&5 sedang mengikuti kelas hafazan harian. اللهم افتح فتوح العارفين وإلهاما الملائكة والمقربين. اللهم آمين.

Peperiksaan Percubaan SPM 2020

  • by

Hari pertama peperiksaan percubaan SPM pagi ini dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu (Kertas 1). Peperiksaan akan berjalan selama 2 jam 15 minit.Turut berlangsung peperiksaan akhir tahun bagi pelajar tingkatan 4. Sebelum menduduki Peperiksaan Percubaan SMA pada minggu hadapan.Mohon doa semua agar anak-anak pewaris nabi ini diberikan kejayaan yang cemerlang. اللهم لا سهلا إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا. رب يسر ولا تعسر. رب تمم بالخير. اللهم… Read More »Peperiksaan Percubaan SPM 2020

Ceramah motivasi Restu Ilmu

  • by

Pada 17 Oktober 2020, Sekolah Menengah At-Tanwiriah telah mengadakan ceramah motivasi Restu Ilmu untuk pelajar pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, SMA dan SMRA. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Ikhsan Jaafar. Semoga dengan ilmu dan nasihat yang disampaikan kepada pelajar dapat diamalkan dalam diri mereka.

Program Malam Restu Ilmu

  • by

Pada 15 Oktober 2020, Program malam Restu Ilmu telah diadakan untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, SMA dan SMRA. Semoga dengan program ini semua pelajar madrasah at-Tanwiriah berjaya dengan cemerlang dengan peperiksaan yang mereka hadapi. Aaminn.

SEPETANG DAURAH TAUHID BERSAMA USTAZ SYED NASIRUDDIN SYED NASIR

  • by

Pada 18 September 2020, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah (Tahfiz) telah mengikuti Daurah Tauhid bersama Ustaz Al-Fadhil Ustaz Syed Nasiruddin Syed Nasir , guru Maahad Johor juga penggubal soalan peperiksaaan SMA. Syukran jazilan dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ustaz yang sanggup meluangkan masa dan menyampaikan ilmu yang penuh bermanfaat bagi membimbing anak-anak pelajar kami. Semoga dengan ilmu dan bimbingan ustaz dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar dalam peperiksaan malah dalam kehidupan seharian… Read More »SEPETANG DAURAH TAUHID BERSAMA USTAZ SYED NASIRUDDIN SYED NASIR