Skip to content

SRAT At-Tanwiriah

TAHNIAH SPM 2021

  • by

17 Jun 2022: Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SPM 2021 yang berjaya. Semoga dengan kejayaan sekarang adalah permulaan anda untuk mngorak langkah menuju destinasi yang ditujui. Insya-Allah.

Pembentangan Laporan Persiapan ke Turki

  • by

15 Jun 2022: Pembentangan laporan persiapan ke Turki, laporan perjalanan ke Afrika dan pendidikan alhamdulillah berjalan lancar. Semoga perjalanan penghantaran pelajar ke Turki pada September 2022 berjalan dengan lancar serta dipermudahkan. Aamin.

IHYA’ RAMADAN SMATT 2022

  • by

19 April 2022: Hari ini berlangsungnya pertandingan tazkirah Ramadan di kalangan anak-anak pelajar SMATT. Semua peserta menampilkan aksi bersemangat dalam menghidupkan budaya ilmu di bulan Ramadan.

MINGGU TAARUF & ORIENTASI SMATT 2022

  • by

13 April 2022: Selesai Minggu Taaruf & Orientasi SMATT untuk hari ke-4. Pelajar diberi taklimat kesihatan oleh guru kesihatan Ustazah Zakiah Zulkifli dan penerangan berkenaan kaedah menghafaz Al-Quran yang betul oleh Ustaz Aiman Dahlan & Ustaz Nur Azam Amirudin. Setelah itu, para peserta mengikuti aktiviti LDK “You Can Do It” yang dikendalikan oleh anggota BADAR SMATT 2022.

MINGGU TAARUF & ORIENTASI SMATT 2022

  • by

Hari ke-2 Minggu Taaruf & Orientasi SMATT 2022 semua pelajar dibentangkan berkenaan buku panduan tatatertib dan disiplin pelajar SMATT yang disampaikan oleh Timb. Pengetua 2 (Hal Ehwal Murid) Ustaz Muhammad Firdaus Bin Arizal. Seterusnya pelajar-pelajar baru mengikuti sesi LDK “Sayakah Itu?” yang dikendalikan oleh anggota BADAR SMATT.

Motivasi Belajar

  • by

10 April 2022: Slot Motivasi Belajar bersama En. Muhamad Hanafi Bin Shamsuddin selaku HR Eksekutif / Kaunselor Berdaftar yang didatangkan khas dari KPJ Healthcare University College Nilai Negeri Sembilan.

Aktiviti Hujung minggu

  • by

Aktiviti hujung minggu anak-anak pelajar SMATT. Adik-adik baru pelajar asrama banin belajar mengikat serban. Segak dan kacak dah semua. Manakala, pelajar banat beriadah bersama mengeratkan ukhuwah Islamiah.

PERTEMUAN AHLI BADAN DAKWAH & RUASAK (BADAR) SESI 2022

  • by

21 Mac 2022: Pertemuan pertama ahli Badan Dakwah & Ruasak (BADAR) bagi sesi persekolahan 2022 bersama Ustaz Muhammad Arif Bin Hamzah selaku guru penyelaras BADAR SMATT. Tahniah diucapkan kepada Mikail Muzakirin bin Jamsari dan Fatimah Az Zahra binti Jumahat yang masing-masing telah dilantik sebagai Ketua Pelajar & Penolong Ketua Pelajar SMATT 2022. Tahniah juga diucapkan kepada semua ahli BADAR yang telah dilantik. Semoga dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya sebagai pengawas… Read More »PERTEMUAN AHLI BADAN DAKWAH & RUASAK (BADAR) SESI 2022