Skip to content

sukan

Aktiviti kokurikulum SMATT

13-14 Jun 2023 (Selasa & Rabu) Suasana sekitar aktiviti kokurikulum SMATT yang berlangsung pada minggu lalu. Antara unit beruniform dan kelab permainan yang terlibat ialah Bulan Sabit Merah Malaysia, Taekwondo, Kelab Badminton, Kelab Catur, Kelab Bola Baling dan juga Kelab Ping Pong.

Pertandingan Catur Terbuka

17 Jun 2023 (Sabtu) Alhamdulillah, pasukan catur SMATT telah menyertai satu Pertandingan Catur Terbuka anjuran UITM Jasin, Melaka dan juga diadakan di UITM Jasin, Melaka. Keputusan terbaik pasukan catur SMATT adalah seperti yang berikut: Kategori bawah 15 tahun – Ameer Faidh (Tingkatan 3) Ranking 44/200 Kategori Terbuka – Najeehin Alwi (Tingkatan 4) Ranking 41/99 Tahniah diucapkan! Diharapkan agar anak-anak peserta mengambil pengalaman ini sebagai pemangkin semangat serta motivasi untuk terus… Read More »Pertandingan Catur Terbuka

Bengkel Permainan Asas Catur

  • by

16 Jun 2023 (Jumaat) Alhamdulillah, sebuah Bengkel Permainan Asas Catur telah diadakan di Dewan Ibnu Sina SMATT pada 16 Jun 2023 (Jumaat). Bengkel ini adalah anjuran bersama antara SMATT dan Persatuan Catur Daerah Pontian (PCDP). Pelaksanaan bengkel ini merupakan antara persediaan pasukan catur SMATT sebelum ke pertandingan catur terbuka di Jasin dan pertandingan catur peringkat MSSD. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Presiden PCDP iaitu En. Ahmad Jais Bin Pani dan… Read More »Bengkel Permainan Asas Catur

Perlawanan Persahabatan Bola Baling

13 Jun 2023 (Selasa) & 16 Jun 2023 (Jumaat) Alhamdulillah, pasukan bola baling SMATT telah menyertai beberapa perlawanan persahabatan yang bertempat di SMK Raja Muda & Kompleks Sukan Komuniti, Pulau Penarik, Tangkak. Perlawanan persahabatan ini adalah antara persediaan awal bagi pasukan SMATT menyertai pertandingan bola baling peringkat MSSD pada 20 Jun 2023. Sebelum itu juga, beberapa siri latihan telah diadakan di gelanggang Dewan Parit Haji Ali dan di gelanggang Dewan… Read More »Perlawanan Persahabatan Bola Baling