Skip to content

Notis : PENUTUPAN SEKOLAH BERSEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

  • by

1. Seperti sedia maklum, kerajaan Malaysia telah mengumumkan PKPB yang akan berkuatkuasa bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020.

2. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) melalui unit swasta juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung arahan penutupan sekolah di seluruh negeri Johor dan pelajar-pelajar yang tinggal di Asrama juga disuraikan.

3. Sehubungan dengan itu, adalah diumumkan bahawa SMATT juga akan ditutup sepanjang tempoh PKPB dan semua penghuni asrama dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing.

4. Ibubapa/penjaga boleh mula hadir ke sekolah untuk mengambil anak/jagaan masing-masing sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 8 November 2020

Hari : Ahad

Masa : Bermula jam 3.00 Petang

5. Pelajar diminta untuk membawa pulang semua barangan peribadi masing-masing termasuklah buku-buku persekolahan. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa barang yang tidak dibawa pulang oleh pelajar.

6. Sebarang pemakluman berkenaan perkara berkaitan sekolah seperti, peperiksaan, taqwim persekolahan dan lain-lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut situasi dan keadaan akan datang.

7. Sebagaimana rutin, suka untuk diingatkan kepada semua ibubapa pelajar untuk memantau pelajaran dan hafazan anak-anak sepanjang keberadaan anak-anak di rumah bagi tempoh PKPB ini.

8. Semua pergerakan keluar masuk sekolah adalah tertakluk kepada pematuhan SOP yang diwartakan pihak KKM & KPM. Patuhi SOP. Amalkan kehidupan norma baru. Kita jaga kita. Sekian untuk pemakluman dan tindakan tuan/puan. Sebarang permasalahan dan maklumat lanjut, hubungi :

📞

Pejabat MTAQ At-Tanwiriah – 06 987 4240 (Samb. SMATT)

Talian Rasmi SMATT – 011 3565 4240

Warden SMATT :1. Ustaz Arif – 013 550 45002.

Ustazah Nadiah – 013 858 46553.

Ustazah Maherah – 012 370 8980

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *