Skip to content

PERUTUSAN TAHUN BARU 2021 MTAQ TANWIRIAH

  • by

Assalamualaikum wbt. Pertamanya marilah sama-sama kita meningkatkan rasa syukur kepada Allah swt kerana masih diberikan kesempatan untuk melangkah ke tahun baru 2021 pada hari ini.

Jadikan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya khususnya dalam konteks meningkatkan ilmu dan amal. Apa yang telah berlalu pada tahun lalu, jadikan pengajaran dalam kehidupan pada masa akan datang.

Segala ujian dan cabaran yang dilalui mudah-mudahan memjadikan kita insan yang lebih matang dan baik dalam membuat keputusan, khususnya melibatkan maslahah agama dan masyarakat.

Di kesempatan tahun baru ini, pihak Madrasah agar dipermudahkan segala urusan kehidupan kita, dimurahkan dan diberkati rezeki yang diperolehi, dan diberikan sifat istiqamah dalam melakukan amal soleh.

Semoga pada tahun ini memberikan kita lebih banyak ruang dan peluang untuk beramal dan berbakti.Akhir kalam, bersempena dengan hari ini, hari Jumaat yang mulia, sama-sama kita memperbanyakkan selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w dengan lafaz اللهم صل على محمد وعلى آله وبرك وسلم

Selamat Tahun Baru 2021

Tulus ikhlas daripada:

Mudir Am MTAQ At-Tanwiriah

merangkap Pengerusi Persatuan Madrasah Tahfiz (PERMATA) Johor serta seluruh warga Madrasah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *