Skip to content

TAHNIAH ADIK IZZAT AMIR!

  • by

SEKALUNG TAHNIAH

26 Januari 2021: الحمدلله رب العالمين, pelajar kami Adik Muhammad Izzat Amir Bin Abdullah telah berjaya dalam Syahadah Hafazan AlQuran 30 Juz selama dua (2) hari bermula semalam dan hari ini (bacaan 15 Juz sehari) dengan hanya satu kesalahan sahaja.

Tahniah buat adik Izzat dan kedua ibubapanya. Adik Izzat Amir yang baru berumur 15 tahun ini mula mendaftar di madrasah pada awal tahun 2020 bagi mengikuti proses syahadah. Tempoh yang diambil cuma lebih kurang setahun sahaja.

Moga beliau istiqamah bersama AlQuran dan terus mendalami ilmu AlQuran serta beramal dengannya. Mohon terus doakan buat Adik dan kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *