Skip to content

TAHNIAH MUS’AD MUJAHID!

  • by

Alhamdulillah, madrasah semalam menerima khabar gembira berganda atas kejayaan 2 anak didik Madrasah yang telah berjaya mengkhatamkan AlQuran 30 Juz hari ini. Dari sudut pencapaian madrasah, kedua pelajar ini merupakan pelajar yang ke 56 dan ke 57 yang telah berjaya mengkhatamkan AlQuran 30 Juz sejak penubuhan madrasah tahun 2009.Tahniah diucapkan kepada Adik Muhammad Ammar Bin Mohd Adli dan Adik Mus’ab Mujahid Bin Mohd Abdul Manaf. Tahniah buat kedua ibubapanya. Moga dengan kejayaan ini dapat menyuntik semangat buat pelajar² yang lain. Semoga menjadi anak yang soleh dan beramal dengan AlQuran.

Maklumat ringkas berkaitan pelajar:

Nama : Mus’ab Mujahid Bin Mohd Abdul Manaf

Umur : 13 tahun.

Tempoh Menghafaz : 2 tahun 6 bulan

Masa :11.10 pagi

InsyaAllah, tahap seterusnya ialah mereka perlu melepasi proses Syahadah AlQuran. Mohon tembakan doa semua agar dipermudahkan segala urusan kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *