Skip to content

TAHNIAH UNTUK PELAJAR FAST TRACK SPM 2021

  • by

Pada 22 Jun 2022, Tahniah diucapkan kepada pelajar lepasan SPM 2022 dengan kejayaan kalian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lepas. Alhamdulillah 100% semua pelajar berjaya dalam SPM dengan pencapaian GPA 4.80. Daripada 25 pelajar SPM, seorang pelajar lelaki mendapat 8A straight, dua (2) orang pelajar dapat 6A dan seorang (1) pelajar dapat 4A.

Alhamdulillah semua berkat guru yang mengajar serta usaha pelajar yang tidak kenal erti putus asa walaupun sebahagian pelajar baru belajar akademik setahun.

Pesanan kepada pelajar-pelajar SPM, banyak A bukan lambang kepandaian, tetapi itu adalah lambang usaha dan komitmen dalam memahami dan menguasai ilmu yang kamu pelajari. Jangan putus asa bila keputusan tidak menyebelahi sasaran, susun kembali langkah perjalanan kamu kerana perjuangan kehidupan sebenar baru sahaja bermula. Mohon doa semua agar urusan tahun 2022 kami dipermudahkan. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *