3hb & 4hb Mei 2023: Alhamdulillah selesai program Kem Kepimpinan SRAT di Kem Bina Insan, Pt Penghulu, Sg Rambai, Melaka.
Kem telah disertai seramai 113 murid yang terdiri daripada Pengawas, Badan Dakwah, Pustakawan, serta Ketua & Penolong Ketua Kelas.
Terima kasih kepada semua urusetia Dan fasilitator yang membimbing peserta Kem. Diharapkan agar Kem Kepimpinan ini dapat membentuk Jati diri murid yang mantap serta mencungkil bakat Kepimpinan yang ada dalam diri.
Terima kasih juga kepada semua ibubapa penjaga serta para penyumbang yang telah bersama-sama melancarkan perjalanan Kem Kepimpinan SRATT pada tahun ini.









