12 – 15 Januari 2026
Minggu Ta’aruf SRATT 2026 dianjurkan bagi membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, membina keyakinan serta memupuk semangat kebersamaan sejak hari pertama persekolahan.
Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti pengenalan dan pembangunan sahsiah akan dilaksanakan seperti sesi pengenalan, lawatan sekitar sekolah, taklimat kokurikulum, HEM dan disiplin, ceramah kesihatan bersama Klinik Parit Jawa, latihan merentas desa, pencarian bakat sukan SRATT, aktiviti minggu transisi serta majlis penutup.
Diharapkan program ini menjadi langkah awal yang bermakna dalam membentuk murid yang berdisiplin, sihat, berdaya saing dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. ![]()






