Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, telah selesai Majlis Khatam Syahadah 10 Juz buat Adik Abu Musa bin Arifin dengan penuh kesyukuran dan keberkatan.
Pencapaian ini bukan sekadar tanda kejayaan menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran, bahkan merupakan satu amanah besar yang perlu dipelihara. Hafazan bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang. Usaha perjalanan untuk terus murajaah, mengamalkan isi kandungan Al-Quran, serta menjadikannya panduan dalam setiap langkah kehidupan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, keteguhan hati dan keberkatan ilmu, serta menjadikan Adik Abu Musa bin Arifin sebagai insan yang berakhlak mulia, bermanfaat kepada agama, bangsa dan ummah. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin ![]()
____
Untuk lebih gambar & video program/aktiviti pelajar, ikuti kami melalui rangkaian media sosial MTAQT berikut
:
Telegram : https://t.me/mtaqt
Instagram : https://instagram.com/mtaqtanwiriah?igshid=YmMyMTA2M2o







