Skip to content

IJTIMA’ MINGGUAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AT-TANWIRIAH

  • by

Alhamdulillah, setelah sekian lama menjalani PDPR disebabkan jerebu, para pelajar kembali berkumpul dalam Ijtima’ Mingguan bagi menyuntik semangat dan memperkukuh disiplin diri.

🎙️ Pengisian Ijtima’ Mingguan

📌 Al-Fadhil Ust Mohd Afifuddin Bin Md Jamil

Menyampaikan kata-kata semangat serta nasihat kepada para pelajar agar terus istiqamah dalam menuntut ilmu dan menghafaz Al-Quran setelah sekian lama menjalani PDPR.

📌 Ust Abdullah Ahmad

Menyampaikan peringatan berkaitan disiplin masa dan kehidupan di asrama selepas sekian lama menjalani PDPR di rumah, agar para pelajar dapat kembali menyesuaikan diri dengan rutin harian serta mematuhi disiplin yang telah ditetapkan di madrasah.

Semoga segala nasihat dan peringatan yang disampaikan menjadi panduan buat para pelajar untuk terus memperbaiki diri dan istiqamah dalam perjuangan sebagai Hamalatul Quran. 🤲🏻💚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *