Skip to content

admin

[VIDEO] Tanwiriah Channel: Ibu & Ayah Satu Kemulian

  • by

Penceramah: Ustaz Kamalulhysham Suhut ALLAH memberikan HAK kepada ibu & ayah merupakan satu kemuliaan kepada meraka. Maka, wajib kita sebagai anak menghormati mereka walaupun seburuk mana pun mereka.

[VIDEO] Tanwiriah Channel: Layakkah Aku Ke Syurga?

  • by

Penceramah: Ustaz Kamalulhysham Mohd Suhut Datangnya seorang lelaki kepada Rasulullah dan bertanya, aku hanya membuat solat 5 waktu iaitu yang wajib sahaja termasuk berpuasa di bulan Ramadhan. Dan perkara yang hak sahaja saya ambil dan yang haram aku tinggalkan. DIa bertanya layakkah aku masuk ke syurga maka Rasulullah menjawab dengan satu perkataan sahaja iaitu YA. Begitu mudah kita sebagai orang Islam untuk masuk ke syurga.

[VIDEO] Tanwiriah Channel: Kasih Pada Yang Miskin

  • by

Pertama Nabi Muhammad telah berpesan kepada kita kasihkan pada orang miskin/ yang susah. Malah, Nabi juga suruh kita bergaul dengan kerana ia adalah satu wasiat daripada Nabi kita.

[VIDEO] Tanwiriah Channel: Pentingnya Tali Persaudaraan (Bhg 3)

  • by

Pada Hijrah Rasulullah ke Madinah, Rasulullah S.A.W membuat perjanjian dengan penduduk Madinah kerana ia mempunyai 4 rukun iaitu: Pertama: Negara/ Kawasan kedua: Rakyat Ketiga: pemimpin Keempat: Perlembagaan ALLAH memberikan rahmat ketenangan ketika Rasulullah S.A.W melakukan penghijrahan ke Madinah kerana pada ketika itu keadaan Madinah sangat teruk kerana indeks jenayah sangat tinggi. Tetapi selepas penghijrahan Rasulullah ke Madinah semua jenayah turun kerana Rasulullah pentingkan hubungan persaudaraaan di sana.

JOM MENABUNG UNTUK SAHAM AKHIRAT

  • by

Marilah kita sediakan harta terbaik untuk bekalan kita di akhirat kelak. Bukan itu saja, bersedekahlah kerana sedekah dapat membuka pintu rezeki dan harta.Dana ini akan digunakan bagi urusan Pembangunan & Pengurusan Prasarana SekolahAnggaran kos yang diperlukan sangat besar untuk pembinaan dan pengurusan madrasah meliputi perkara-perkara berikut :* Kos Pembinaan Banggunan Tambahan* Kos Tajaan Pengajian Di Dalam & Di Luar Negara Anak-Anak Tahfiz Asnaf dan Kurang Berkemampuan* Kos Pengurusan dan Pentadbiran… Read More »JOM MENABUNG UNTUK SAHAM AKHIRAT

SYUKRAN JAZILAN UNTUK PARA PENDERMA

  • by

Pada 23 September 2020, beberapa orang penderma telah memberi tajaan makanan dan minuman kepada semua murid-murid tahap 2. Alhamdulillah dengan dengan rezeki yang melimpah ruah ALLAH telah berikan kepada kami semua. Syukran diucapkan kepada para penderma kerana memberi rezeki kepada murid-murid kami. Semoga dengan pahala menderma kalian berterusan dan diredhai ALLAH S.W.T serta kalian dilimpahi dan dimurahkan rezeki. Aamiinn…

[VIDEO] Tanwiriah Channel: Pentingnya Tali Persaudaraan (Bhg 2)

  • by

Rasulullah S.A.W dan sahabat baginda sentiasa bertanya khabar bagi mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan tidak kira antara saudara ataupun sahabat. Ini menunjukkan kepada umat Islam seberapa dalamnya ikatan persaudaraan dan dalamnya kasih sayang yang menjadikan asas utama struktur keadilan sosial.

SEPETANG DAURAH TAUHID BERSAMA USTAZ SYED NASIRUDDIN SYED NASIR

  • by

Pada 18 September 2020, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah (Tahfiz) telah mengikuti Daurah Tauhid bersama Ustaz Al-Fadhil Ustaz Syed Nasiruddin Syed Nasir , guru Maahad Johor juga penggubal soalan peperiksaaan SMA. Syukran jazilan dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ustaz yang sanggup meluangkan masa dan menyampaikan ilmu yang penuh bermanfaat bagi membimbing anak-anak pelajar kami. Semoga dengan ilmu dan bimbingan ustaz dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar dalam peperiksaan malah dalam kehidupan seharian… Read More »SEPETANG DAURAH TAUHID BERSAMA USTAZ SYED NASIRUDDIN SYED NASIR