Skip to content

Terkini

SPM BERTULIS BERMULA HARI INI

  • by

Seluruh warga At-Tanwiriah mendoakan kejayaan buat semua pelajar Sekolah Menegah Islam At-Tanwiriah Tahfiz yang akan menduduki Ujian Bertulis SPM 2024 mulai hari ini. Didoakan semua calon diterangkan hati, diberikan kelapangan dada dan ketajaman fikiran untuk menjawab soalan dengan baik dan cemerlang. رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku.” أمين يا رب العالمين Semoga semua pelajar beroleh kejayaan yang cemerlang. Amin! #FastTrackSPMTahfiz… Read More »SPM BERTULIS BERMULA HARI INI

Majlis Bacaan Surah Al Baqarah dan Solat Hajat sempena memasuki bangunan baru MPM Muar

  • by

19 DISEMBER 2024 | KHAMIS Alhamdulillah, pelajar pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah dijemput untuk menyempurnakan Majlis Bacaan Surah Al Baqarah dan Solat Hajat sempena memasuki bangunan baru MPM Muar. Program diselangi juga dengan tazkirah ringkas daripada Mudir madrasah tahfiz kami us Mohd Afifuddin Md Jamil. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Perbandaran Muar atas jemputan dan jamuan yang disediakan. Semoga kita semua diberkati oleh Allah swt sentiasa #pendaftaran2025dibuka#tahfiztanwiriah#jomdaftarsekarang

Majlis Bacaan Yasiin Mingguan

  • by

Alhamdulillah syukur. Terima kasih kepada para penyumbang yang sudi meluangkan masa bersama kami di Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Tanwiriah semalam. Mudah-mudahan pahala sedekah bacaan yassin, zikir dan selawat ke atas Nabi serta doa yang baik kita bacakan semasa majlis tahlil dapat membantu arwah di sana aaamiin in syaa Allah. Dan semoga penyertaan dan sumbangan ikhlas Tuan Puan, dibalas dengan sebesar-besar ganjaran. Amiin Ya Rabbal Alamin. Jom Sedekah Jumaat bersama… Read More »Majlis Bacaan Yasiin Mingguan

HARI KEUSAHAWANAN SRATT

  • by

14 Disember 2023 | Khamis Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya hari keusahawanan SRAT dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Banyak aktiviti dan gerai jualan yang ada! Khasnya kali ini. Buat julung kalinya Soopa Doopa turut serta. Makin bertambah seronok anak-anak SRAT. Berulang kali main. Tak lupa juga 3D movies. Gunakan cermin mata untuk lebih rasai seolah-olah masuk dalam cerita tersebut! Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik, lancar atas izinNya. Semoga ianya… Read More »HARI KEUSAHAWANAN SRATT

Bengkel Teknik Menjawab Matematik SPM

  • by

15/12/2023, Jumaat Alhamdulillah, Bengkel Teknik Menjawab Matematik SPM oleh Cikgu Norhana Bt Karim. Guru Penggubal dari SMK Dato Seri Amar Diraja, Muar. Walaupun para pelajar di Johor telah mula bercuti sekolah hari ini, namun anak-anak tingkatan 4&5 Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SMATT gigih menjalani Kelas Intensif selama 4 hari. Semoga para pelajar berjaya dalam peperiksaan SMA dan SPM akan datang.

Pendaftaran SMATT untuk sesi persekolahan 2024

  • by

14 Disember 2023 | Khamis الحمد لله ثم الحمد لله Sedang berlangsung ketika ini pendaftaran sesi persekolahan 2024 bagi pelajar-pelajar lama tingkatan 2, 3 & 4. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa pelajar yang terus memilih SMATT sebagai destinasi pilihan pengajian anak masing-masing. Semoga terus cemerlang bersama kami di masa akan datang.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SMATT 2024

  • by

9 Disember 2023 | Sabtu الحمد لله ثم الحمد لله Hari ini berlangsung sesi temuduga terbuka pengambilan pelajar baru Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SMATT bagi sesi persekolahan 2024. Seramai 70 orang calon telah hadir pada hari ini bagi mengikuti sesi temuduga yang dijalankan. InsyaAllah, bagi calon-calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak sekolah dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa… Read More »PENDAFTARAN PELAJAR BARU SMATT 2024

AKTIVITI KOKURIKULUM SILAT

  • by

8 DISEMBER 2023 | JUMAAT Semangat betul lihat pelajar- pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah belajar ilmu silat. Alhamdulillah..berikut perkongsian Aktiviti kokurikulum Silat di Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah. Semoga anak-anak tahfiz kami berjaya dalam menghafaz 30 juz AlQuran..Ameen

Lawatan Ketua Jemaah Nazir, Unit Naziran, Jabatan Agama Islam Negeri Johor

  • by

5 Disember 2023 | Selasa Alhamdulillah, semalam SMATT telah menerima kunjungan rasmi daripada Timbalan Ketua Jemaah Nazir, Unit Naziran, Jabatan Agama Islam Negeri Johor iaitu Ustaz Zamri Bin Momen dan Penolong Pengarah Seksyen Kurikulum Rendah, Unit Akademik, Jabatan Agama Islam Negeri Johor iaitu Ustaz Abdul Salam Bin Ali. Lawatan tersebut telah diadakan bagi meninjau pergerakan peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) agar berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih buat pegawai-pegawai… Read More »Lawatan Ketua Jemaah Nazir, Unit Naziran, Jabatan Agama Islam Negeri Johor