Skip to content

Muar

MARHABAN SMATT

  • by

6 Mei 2023 | Sabtu Alhamdulillah, kemeriahan Syawal masih dirasai walaupun anak-anak pelajar telah kembali ke sekolah. Pada hujung minggu yang lalu, seramai 30 orang pelajar banin SMATT dengan diiringi oleh 2 orang guru telah memenuhi beberapa undangan marhaban di sekitar Muar iaitu di Parit Yusuf, Parit Penyengat, Parit Sulong dan juga di bandar Muar. Terima kasih kepada staf madrasah dan ibu bapa pelajar yang sudi mengundang pelajar kami ke… Read More »MARHABAN SMATT

Perjumpaan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (banat) SMATT

2 Mei 2023 | Selasa Perjumpaan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (banat) telah diadakan buat kali pertama untuk sesi 2023 ini. Dalam pertemuan ini telah diadakan sesi pemilihan ahli jawatankuasa persatuan bagi melengkapkan organisasi. Dalam pada itu, bagi pelajar banin pula, latihan taekwando telah diadakan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan. Untuk lebih gambar & video program/aktiviti pelajar, ikuti kami melalui rangkaian media sosial SMATT berikut : Telegram :… Read More »Perjumpaan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (banat) SMATT

Ijtimak Mingguan SMATT

  • by

Alhamdulillah, selamat kembali ke sekolah warga SMATT. Dengan izin Allah, dapat kami berkumpul sekali lagi dalam ijtimak mingguan selepas bercuti Aidilfitri. Semoga warga SMATT khususnya para pelajar mendapat semangat baharu untuk kembali berjuang di medan ilmu ini. Insya-Allah. Untuk lebih gambar & video program/aktiviti pelajar, ikuti kami melalui rangkaian media sosial SMATT berikut: Telegram : https://t.me/MediaSmatt Instagram : https://instagram.com/smatt_tanwiriah Facebook: https://www.facebook.com/smattanwiriahtahfiz?mibextid=LQQJ4d

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN IHTIFAL ILMI IHYA’ RAMADAN 2023

  • by

KUIZ RAMADAN (Kategori Menengah Rendah) : 1. Ahmad Asher Bin Azmi 2. Muhammad Alam Rayyan Bin Muhammad Adam Liew 3. Nur Hani Asyrani KUIZ RAMADAN (Kategori Menengah Atas) : 1. Nurish Alia Haziq Binti Razali 2. Muhammad Adam Bin Marshal 3. Muhammad Zharif KHAT RAMADAN (Kategori Menengah Rendah) : 1. Ahmad Asher Bin Azmi 2. Nor Fatiha Binti Nazrul Islam 3. Nordiana Puteri Binti Abdullah KHAT RAMADAN (Kategori Menengah Atas)… Read More »SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN IHTIFAL ILMI IHYA’ RAMADAN 2023

Kem Kepimpinan Sek Ren Sri At Tanwiriah (TAHFIZ) 2023

3hb & 4hb Mei 2023: Alhamdulillah selesai program Kem Kepimpinan SRAT di Kem Bina Insan, Pt Penghulu, Sg Rambai, Melaka. Kem telah disertai seramai 113 murid yang terdiri daripada Pengawas, Badan Dakwah, Pustakawan, serta Ketua & Penolong Ketua Kelas. Terima kasih kepada semua urusetia Dan fasilitator yang membimbing peserta Kem. Diharapkan agar Kem Kepimpinan ini dapat membentuk Jati diri murid yang mantap serta mencungkil bakat Kepimpinan yang ada dalam diri.… Read More »Kem Kepimpinan Sek Ren Sri At Tanwiriah (TAHFIZ) 2023

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM ALQURAN

13 APRIL 2023; Alhamdulillah, mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, Pejabat Agama Islam Daerah Muar menjemput guru² agama dan guru² tahfiz daerah Muar bagi menjayakan program Tadarus dan Khatam AlQuran 30 Juz. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keampunan dari Allah SWT. Ramadan Al Mubarak

PROGRAM QIAMULLAIL PERDANA BULAN RAMADAN

14 April 2023; Alhamdulillah selesai Program Qiamullail Perdana Memburu Lailatul Qadr bertempat di Masjid. Jamek Al-Ehsan, Parit Jawa sempena 10 malam terakhir Ramadan

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Permuafakatan Kurikulum JKKPKD

  • by

Telah berlangsung satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Permuafakatan Kurikulum JKKPKD yang dihadiri oleh Ketua-ketua Panita Bahasa Melayu Daerah Muar. Ustazah Nor Aisyah Hafiza selaku Guru Panitia Akademik merangkap guru Bahasa Melayu menengah atas telah mewakili SMATT ke pertemuan tersebut yang diadakan di SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar. Pelbagai program pemantapan Bahasa Melayu SPM telah dirangka dan bakal dilaksanakan demi menjamin kecemerlangan calon-calon SPM 2023 Muar khususnya. Semoga calon-calon SPM SMATT… Read More »Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Permuafakatan Kurikulum JKKPKD