Skip to content

SRAT At-Tanwiriah

IJTIMA’ MINGGUAN TAHFIZ

  • by

14 Ogos 2023 Alhamdulillah, sedang berlangsung Ijtima Mingguan. Pada pagi ini Ustaz Mohd Afifuddin selaku mudir Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah dan Ustaz Abdul Hadi memberikan ucapan, semangat dan nasihat kepada para pelajar. Semoga para pelajar sentiasa bersemangat dalam menghafaz kalam yang suci ini. Amin Ya Rabbal Alamin

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023

  • by

14 Ogos 2023 Alhamdulillah, sedang berlangsung Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 bagi semua pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah. Peperiksaan telah bermula pada 13 Ogos 2023 dan tamat pada 17 Ogos 2023. Didoakan agar para pelajar dipermudahkan urusan menjawab, dilancarkan hafalannya serta mendapat keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan ini. Amin

SUKMAD 2023

  • by

27 Julai 2023 Suasana sekitar perarakan masuk perbarisan bagi setiap kontinjen SUKMAD 2023 Malis perasmian SUKMAD 2023 telah disempurnakan oleh YB Hj. Abdul Aziz Bin Talib. Dalam pada itu, majlis turut dihadiri oleh beberapa dif jemputan yang lain. Turut menyempurnakan majlis, kehadiran Tuan Guru Haji Hasbullah Bin Haji Salleh yang turut bersama-sama menyaksikan kejohanan SUKMAD 2023 yang gilang-gemilang ini. Para pelajar penuh bersemangat meraikan kejohanan SUKMAD 2023 dengan pelbagai acaran… Read More »SUKMAD 2023

SRAT – Ijtimak mingguan

  • by

Ahad, 9 Julai 2023 Awal minggu ini dimulakan dengan perhimpunan pagi. Dimulakan dengan bacaan asmaulhusna, nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu madrasah. Seterusnya ucapan dan nasihat guru bertugas serta penyerahan sijil kepada murid yang menyertai pertandingan catur, ping pong dan Aquatik.

KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN-SUKAN DAERAH (MSSD) MUAR 2023

  • by

Acara : Catur MSSD Tarikh : 5 dan 6 Julai 2023 Tempat : SMKA Maahad Muar Penyertaan : 21 peserta dari 4 kategori Kategori dipertandingkan : Lelaki 15 Lelaki 18 Perempuan 15 Perempuan 18 Pengurus pasukan : Ustaz Tirmizi Pencapaian terbaik : Nur Ameyra binti Anuar (ranking ke – 13 Perempuan 15 Tahun) TAHNIAH! Sekalung penghargaan buat Nur Ameyra Binti Anuar kerana telah menduduki tangga ke-13 terbaik kategori perempuan 15… Read More »KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN-SUKAN DAERAH (MSSD) MUAR 2023

SMAT – PROGRAM DENTOUR 2023

  • by

6 Julai 2023 | Khamis SEMPENA MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN TAHUN 2023 Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung program promosi kesihatan pergigian anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia di Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah . Program ini dianjurkan bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada para pelajar akan kepentingan menjaga kebersihan mulut dan bahaya rokok terhadap kesihatan mulut. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk gabungan 3 buah sekolah di MTAQ Tanwiriah ini. Antaranya ialah ceramah pergigian,… Read More »SMAT – PROGRAM DENTOUR 2023

SRAT – Program DenTour23

  • by

6 JULAI 2023 | KHAMIS Alhamdulillah, Hari ini Sek. Ren. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SRATT bersama Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah (Tahfiz) dan Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah dengan kerjasama dari Pejabat Pergigian Daerah Muar telah mengadakan Program DenTour23 sempena minggu Promosi Kesihatan Pergigian. Program yang diadakan seharian penuh dengan aktiviti interaktif antaranya Pameran Kesihatan Gigi, Pertandingan dan Permainan yang melibatkan semua pelajar di samping berpeluang untuk memeriksa gigi masing-masing. Terdapat juga… Read More »SRAT – Program DenTour23

Pertandingan Catur MSSD Muar 2023

  • by

3 & 4 April 2023 | Isnin & Selasa Sek. Ren. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SRATT telah menghantar pasukan catur ke pertandingan Catur MSSD Muar 2023. Seramai 3 pasukan melibatkan 9 murid telah mewakili SRATT untuk pertandingan catur pada tahun ini. Pertandingan dijalankan menggunakan sistem Swiss dan peserta telah bermain sebanyak 9 pusingan. Secara keseluruhannya, pasukan A kategori lelaki Bawah 12 mendapat ranking 16 daripada 93 pasukan yang mengambil bahagian.… Read More »Pertandingan Catur MSSD Muar 2023

KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN-SUKAN DAERAH (MSSD) MUAR 2023

27 Jun 2023 | Selasa Acara : Ping Pong Tarikh : 27 Jun 2023 Tempat : SMK Seri Menanti Muar Penyertaan : 4 peserta kategori Lelaki B18 Pengurus pasukan : Ustaz Arif Pencapaian : Muhammad Huseinul Khair – Suku Akhir Muhammad Hafiz Izzudin – Pusingan 3 Amin Faisal – Pusingan 2 Najeehin Alwi – Pusingan 2 TAHNIAH! Sekalung penghargaan buat pasukan ping pong SMATT kerana telah berjaya melayakkan diri sehingga… Read More »KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN-SUKAN DAERAH (MSSD) MUAR 2023