Skip to content

Pencapaian Pelajar

TAHNIAH!

  • by

Berita dari Turki الحمد لله ثم الحمد لله Alumni SMATT pertama ke Turki iaitu Zahirul Amin Bin Mohamad telah tiba ke Gaziantep University bersama Mudir Am Mtaq Tanwiriah Ustaz Kamalulnizam Mohd Suhut.Semoga Zahirul diberi hidayah & taufik serta kekuatan untuk menuntut ilmu di sana. Semoga berjaya!

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH!

  • by

Alhamdulillah, Adik Asyraf Rifaie Bin Hanafi, pelajar kami telah berjaya melalui proses ulangan prasyahadah 30 Juz beliau bagi kali yang ke-8. Doakan dipermudahkan hingga ke ujian Syahadah. Moga Allah terus memudahkan beliau dan semua pelajar dalam menguasai Al-Quran dan memartabatkannya.

UCAPAN PENGHARGAAN & TAHNIAH

  • by

Setinggi tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah Azza Wajalla yang telah memberikan nikmat dan anugerahNya yang melimpah ruah kepada kita semua.. Sekalung Penghargaan dan Ucapan Tahniah kepada Pelajar kami, pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran At Tanwiriah yang mana telah berjaya menamatkan Khatam Hafazan 30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh masa 3 Tahun 2 Bulan. Ini adalah detik penuh bermakna bagi pelajar kami bernama: Muhammad Irsyad Bin Mahyuddin khatam pada tanggal 30 Julai 2021… Read More »UCAPAN PENGHARGAAN & TAHNIAH

TAHNIAH ADIK IZZAT AMIR!

  • by

SEKALUNG TAHNIAH 26 Januari 2021: الحمدلله رب العالمين, pelajar kami Adik Muhammad Izzat Amir Bin Abdullah telah berjaya dalam Syahadah Hafazan AlQuran 30 Juz selama dua (2) hari bermula semalam dan hari ini (bacaan 15 Juz sehari) dengan hanya satu kesalahan sahaja. Tahniah buat adik Izzat dan kedua ibubapanya. Adik Izzat Amir yang baru berumur 15 tahun ini mula mendaftar di madrasah pada awal tahun 2020 bagi mengikuti proses syahadah.… Read More »TAHNIAH ADIK IZZAT AMIR!

TAHNIAH ADIK NUR EMAN PUTRA

  • by

Alhamdulillah. Menutup tirai tahun 2020 (30 hb hingga 31hb Disember 2020), pelajar kami Adik Nur Eman Putra Bin Md Zainuddin telah berjaya melalui ujian Syahadah Al-Quran 30 Juz. Pihak madrasah amat bersyukur dan mengucapkan tahniah buat beliau dan kedua ibu bapanya. Semoga perjalanan menuntut ilmu Al-Quran dipermudahkan urusan dan dapat menyampaikan manfaat Al-Quran buat seluruh umat InsyaAllah.

Khatam Al-Quran 7 kali

  • by

Alhamdulillah dan tahniah buat adik Muhammad Haziq Hakimi bin Mohd Zaaba yang berjaya mengkhatamkan hafazan Al-Quran buat kali ke-7 sepanjang berada di Smat At Tanwiriah Tahfiz. Semoga Haziq terus diberi kekuatan untuk dapat terus kekal beramal dengan Al-Quran dan diberikan kejayaan dalam peperiksaan SPM yang bakal tiba.

Tahniah adik Izzul Hazim Bin Zaini

  • by

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada adik Izzul Hazim Bin Zaini yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran 30 juzuk pada 20/10/2020. Cantik tarikh adik Izzul khatamkan Al-Quran. Semoga dengan kejayaan adik Izzul dapat memberi inspirasi dan sumber semangat kepada pelajar yang lain. Semoga adik Izzul dapat menjaga kalam Allah seterusnya dapat mentadabbur ayat Alquran. Allahumma Aamiin.

Batch ketiga ke bumi Afrika Selatan

  • by

Alhamdulillah dan mabruk alaik diberikan kepada semua pelajar Madrasah Syahadah dan Madrasah Tahfiz At-Tanwiriah yang menyambung pengajian mereka ke Afrika Selatan. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan pengajian anak-anak madrasah di sana dan kembali dengan segunung kejayaan yang diimpikan. Aamminn. Syukran jazilan diucapkan kepada semua ustaz, ibu bapa serta keluarga yang membantu para pelajar dalam mendidik dan membangkitkan semangat mereka sehingga kini. Tidak lupa juga pada para penaja, penyumbang dan pewakaf… Read More »Batch ketiga ke bumi Afrika Selatan

Batch Kedua ke Bumi Afrika Selatan

  • by

Alhamdulillah pada 21 Jun 2019, 10 huffaz dari Madrasah Mstah Al Hidayah menyambung pengajian alim mereka di Afrika Selatan. Semoga kalian beroleh kejayaan. Jazakumullahu khyral jaza’ kepada semua penyumbang dan mereka yg mendoakan, ALLAH sahaja yang mampu membalasnya.

Batch Pertama ke Afrika Selatan

  • by

Alhamdulillah, 28 Jun 2018 batch pertama Madrasah sampai di Afrika Selatan. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan pengajian anak-anak dan semua pelajar kami seramai 27 orang di sana, Amin. Syukran jazilan diucapkan kepada semua ustaz, ibu bapa serta keluarga yang membantu para pelajar dalam mendidik dan membangkitkan semangat mereka sehingga kini. Tidak lupa juga pada para penaja, penyumbang dan pewakaf yang memberikan sumbangan kepada pelajar untuk meneruskan lagi pengajian mereka. Semoga… Read More »Batch Pertama ke Afrika Selatan