Skip to content

Terkini

Khatam Al-Quran 7 kali

  • by

Alhamdulillah dan tahniah buat adik Muhammad Haziq Hakimi bin Mohd Zaaba yang berjaya mengkhatamkan hafazan Al-Quran buat kali ke-7 sepanjang berada di Smat At Tanwiriah Tahfiz. Semoga Haziq terus diberi kekuatan untuk dapat terus kekal beramal dengan Al-Quran dan diberikan kejayaan dalam peperiksaan SPM yang bakal tiba.

Mesyuarat bulanan Guru

  • by

Alhamdulillah,pada 21 Oktober 2020 mesyuarat bulanan Smat At Tanwiriah Tahfiz bersama guru-guru yg mantop. SPM 2020, kami target 5 orang pelajar kami dapat 8A. Mudah-mudahan semua pelajar kami beroleh kejayaan yg cemerlang, Amin. Untuk permohonan masuk ke SPM FAST TRACK 2021 bolehlah daftar online di website madrasah.www.mtaqtanwiriah.edu.my

Tahniah adik Izzul Hazim Bin Zaini

  • by

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada adik Izzul Hazim Bin Zaini yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran 30 juzuk pada 20/10/2020. Cantik tarikh adik Izzul khatamkan Al-Quran. Semoga dengan kejayaan adik Izzul dapat memberi inspirasi dan sumber semangat kepada pelajar yang lain. Semoga adik Izzul dapat menjaga kalam Allah seterusnya dapat mentadabbur ayat Alquran. Allahumma Aamiin.

Ceramah motivasi Restu Ilmu

  • by

Pada 17 Oktober 2020, Sekolah Menengah At-Tanwiriah telah mengadakan ceramah motivasi Restu Ilmu untuk pelajar pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, SMA dan SMRA. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Ikhsan Jaafar. Semoga dengan ilmu dan nasihat yang disampaikan kepada pelajar dapat diamalkan dalam diri mereka.

Program Malam Restu Ilmu

  • by

Pada 15 Oktober 2020, Program malam Restu Ilmu telah diadakan untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, SMA dan SMRA. Semoga dengan program ini semua pelajar madrasah at-Tanwiriah berjaya dengan cemerlang dengan peperiksaan yang mereka hadapi. Aaminn.

Tazkiyatun Nafs

  • by

Pada 8 Oktober 2020, Asrama Banin di Tanwiriah telah melakukan tazkiyatun Nafs iaitu aktiviti muhasabah diri. Aktiviti ini dilakukan bersama MPP asrama untuk bermuhasabah diri bersama.

SUASANA SESI TEMUDUGA PELAJAR SESI PERSEKOLAH 2021

  • by

Pada 3 Oktober 2020, telah dijalankan sesi temuduga untuk kemasukan pelajar di Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah (Tahfiz). Walaupun PKP, Sesi temuduga tetap dijalankan seperti biasa dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Semoga berjaya untuk pelajar semua. #KitaJagaKita #normaBaharu #SMATT #MTAQ

JOM MENABUNG UNTUK SAHAM AKHIRAT

  • by

Marilah kita sediakan harta terbaik untuk bekalan kita di akhirat kelak. Bukan itu saja, bersedekahlah kerana sedekah dapat membuka pintu rezeki dan harta.Dana ini akan digunakan bagi urusan Pembangunan & Pengurusan Prasarana SekolahAnggaran kos yang diperlukan sangat besar untuk pembinaan dan pengurusan madrasah meliputi perkara-perkara berikut :* Kos Pembinaan Banggunan Tambahan* Kos Tajaan Pengajian Di Dalam & Di Luar Negara Anak-Anak Tahfiz Asnaf dan Kurang Berkemampuan* Kos Pengurusan dan Pentadbiran… Read More »JOM MENABUNG UNTUK SAHAM AKHIRAT