Skip to content

Terkini

Batch Pertama ke Afrika Selatan

  • by

Alhamdulillah, 28 Jun 2018 batch pertama Madrasah sampai di Afrika Selatan. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan pengajian anak-anak dan semua pelajar kami seramai 27 orang di sana, Amin. Syukran jazilan diucapkan kepada semua ustaz, ibu bapa serta keluarga yang membantu para pelajar dalam mendidik dan membangkitkan semangat mereka sehingga kini. Tidak lupa juga pada para penaja, penyumbang dan pewakaf yang memberikan sumbangan kepada pelajar untuk meneruskan lagi pengajian mereka. Semoga… Read More »Batch Pertama ke Afrika Selatan

Pelajar Sulong di bumi Thailand

  • by

Alhamdulillah , pelajar sulong kami Muhamad Haikal Ibnu Azman . Sekarang belajar di Princess Naradhiwas University , Thailand. Doakan semoga Alif Haikal berjaya ye kawan-kawan. Pesanan bermakna daripada alumni Madrasah (Muhamad Haikal Ibnu Azman) untuk pelajar-pelajar Madrasah: “Ucapan ringkas untuk sahabat sahabat dan pelajar di madrasah Mtaq Tanwiriah yang sedang berjuang mengkhatamkan al-quran dan ada juga sedang dalam proses syahadah. Ana tahu bukan mudah nak khatam, tapi semua bergantung pada… Read More »Pelajar Sulong di bumi Thailand

MOTIVASI PAGI BERSAMA MURID TAHUN 6

  • by

Pada 8 September, ustaz Abdul Aziz Al-Jauhari meluangkan masa dengan memberi motivasi pagi bersama-sama murid SRATT tahun 6 yang bakal menghadapi ujian hafazan UKDK hari ini, 9 September 2020. Terima kasih kepada ustaz yang sanggup meluangkan masa dan berkongsi ilmu bersama-sama murid. Semoga perkongsian tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid semua. Insya Allah.

[VIDEO] NORMA BARU: MEMBENTUK GENERASI AL QURAN RABBANI

  • by

Walaupun Covid19 melanda di seluruh negara termasuk Malaysia, SMAT At-Tanwiriah masih meneruskan pembelajaran seperti tetapi dengan cara yang berbeza. Kaedah video conference diwujudkan kepada semua pelajar tahfiz bagi meneruskan generasi tahfiz Al-Quran. Kaedah ini dapat memudahkan pelajar merujuk kepada ustaz dengan lebih mudah serta pelajar dapat khatam Al-Quran dengan tempoh masa yang lebih cepat.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA ARAB SPM

  • by

Pada hari Sabtu, 5 September 2020, SMAT At-Tanwiriah telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kertas Bahasa Arab SPM bersama Al Fadhil Ustaz Muhidir Tamjis dari SMK Pekan Baru, Muar. Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas kesudian ustaz hadir untuk membimbing anak-anak pelajar SPM kami. Semoga atas ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh pelajar semua.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS MATEMATIK SPM

  • by

Pada hari ini 4 September 2020, SMAT At-Tanwiriah telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kertas Matematik SPM yang disampaikan oleh Cikgu Noorhana Bt Karim dari SMK Dato Sri Amar Diraja, Muar untuk calon-calon SPM. Bengkel ini diadakan untuk calon SPM fokus kepada teknik untuk menjawab soalan-soalan Matematik akan datang.