Skip to content

Terkini

Pertandingan Catur Terbuka

17 Jun 2023 (Sabtu) Alhamdulillah, pasukan catur SMATT telah menyertai satu Pertandingan Catur Terbuka anjuran UITM Jasin, Melaka dan juga diadakan di UITM Jasin, Melaka. Keputusan terbaik pasukan catur SMATT adalah seperti yang berikut: Kategori bawah 15 tahun – Ameer Faidh (Tingkatan 3) Ranking 44/200 Kategori Terbuka – Najeehin Alwi (Tingkatan 4) Ranking 41/99 Tahniah diucapkan! Diharapkan agar anak-anak peserta mengambil pengalaman ini sebagai pemangkin semangat serta motivasi untuk terus… Read More »Pertandingan Catur Terbuka

Bengkel Permainan Asas Catur

  • by

16 Jun 2023 (Jumaat) Alhamdulillah, sebuah Bengkel Permainan Asas Catur telah diadakan di Dewan Ibnu Sina SMATT pada 16 Jun 2023 (Jumaat). Bengkel ini adalah anjuran bersama antara SMATT dan Persatuan Catur Daerah Pontian (PCDP). Pelaksanaan bengkel ini merupakan antara persediaan pasukan catur SMATT sebelum ke pertandingan catur terbuka di Jasin dan pertandingan catur peringkat MSSD. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Presiden PCDP iaitu En. Ahmad Jais Bin Pani dan… Read More »Bengkel Permainan Asas Catur

Perlawanan Persahabatan Bola Baling

13 Jun 2023 (Selasa) & 16 Jun 2023 (Jumaat) Alhamdulillah, pasukan bola baling SMATT telah menyertai beberapa perlawanan persahabatan yang bertempat di SMK Raja Muda & Kompleks Sukan Komuniti, Pulau Penarik, Tangkak. Perlawanan persahabatan ini adalah antara persediaan awal bagi pasukan SMATT menyertai pertandingan bola baling peringkat MSSD pada 20 Jun 2023. Sebelum itu juga, beberapa siri latihan telah diadakan di gelanggang Dewan Parit Haji Ali dan di gelanggang Dewan… Read More »Perlawanan Persahabatan Bola Baling

TAHNIAH BUAT CALON SMA & SPM 2022

8 Jun 2023 | Khamis Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah izin-Nya, keputusan SPM & SMA 2022 telah disampaikan dalam Majlis Penyerahan Keputusan SMA & SPM 2022. Majlis telah berlangsung pada jam 10.00 pagi di Dewan Ibnu Sina, SMATT. Alhamdulillah, seramai 5 orang pelajar telah mendapat 7A, seorang pelajar mendapat 6A dan 2 orang pelajar mendapat 5A. Syabas! Bagi keputusan SMA pula, seorang pelajar telah memperoleh Jayyid Jiddan dan… Read More »TAHNIAH BUAT CALON SMA & SPM 2022

Program Marhaban Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah (team B)

  • by

5 & 6 MEI 2023 Riang ria pelajar- pelajar tahfiz bermarhaban, Alhamdulillah Untuk lebih gambar & video program/aktiviti pelajar, ikuti kami melalui rangkaian media sosial MTAQT berikut : Telegram : https://t.me/mtaqt Instagram : https://instagram.com/mtaqtanwiriah?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Program Marhaban Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah

4 MEI 2023 Alhamdulillah, telah berlangsung Program Marhaban bagi Team A di kawasan Muar. Budaya ziarah menziarahi di rumah-rumah Murabbi dan juga para pelajar merupakan program penting di Madrasah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara guru, pelajar dan ibu bapa. Semoga ikatan silaturrahim antara kita terus terjalin hingga ke Syurga, Insya-Allah.

Program SMATT- IIUM Language Explorace (SMILE)

  • by

12 Mei 2023 | Jumaat Alhamdulillah, telah berlangsung Program SMATT- IIUM Language Explorace (SMILE) anjuran kerjasama SMATT dan IIUM Pagoh. Program ini telah diadakan di Kuliyyah of Languages and Management (KLM), IIUM Pagoh Edu Hub dengan menyasarkan para pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sebagai peserta. Program ini merupakan anjuran kali ke-2 antara kerjasama pihak SMATT dan pihak IIUM Pagoh. Diharap agar kerjasama erat ini dapat diteruskan pada masa akan… Read More »Program SMATT- IIUM Language Explorace (SMILE)

KELAS TAMBAHAN SMATT

  • by

4 Mei 2023 | Khamis Pada hari Khamis yang lalu (cuti Wesak) telah diadakan beberapa kelas tambahan bagi tingkatan 3, 4 dan 5. Butiran adalah seperti yang berikut: Hari : Khamis Tarikh : 4/5/2023 Tingkatan : 3 Masa : 8.00 – 10.00 pagi Subjek : Nahu Hari : Khamis Tarikh : 4/5/2023 Tingkatan : 4 Ibnu Khaldun Masa : 8.00 – 10.00 pagi Subjek : PQS Masa : 10.30 –… Read More »KELAS TAMBAHAN SMATT

MARHABAN SMATT

  • by

6 Mei 2023 | Sabtu Alhamdulillah, kemeriahan Syawal masih dirasai walaupun anak-anak pelajar telah kembali ke sekolah. Pada hujung minggu yang lalu, seramai 30 orang pelajar banin SMATT dengan diiringi oleh 2 orang guru telah memenuhi beberapa undangan marhaban di sekitar Muar iaitu di Parit Yusuf, Parit Penyengat, Parit Sulong dan juga di bandar Muar. Terima kasih kepada staf madrasah dan ibu bapa pelajar yang sudi mengundang pelajar kami ke… Read More »MARHABAN SMATT

Perjumpaan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (banat) SMATT

2 Mei 2023 | Selasa Perjumpaan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (banat) telah diadakan buat kali pertama untuk sesi 2023 ini. Dalam pertemuan ini telah diadakan sesi pemilihan ahli jawatankuasa persatuan bagi melengkapkan organisasi. Dalam pada itu, bagi pelajar banin pula, latihan taekwando telah diadakan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan. Untuk lebih gambar & video program/aktiviti pelajar, ikuti kami melalui rangkaian media sosial SMATT berikut : Telegram :… Read More »Perjumpaan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (banat) SMATT