Skip to content

Madrasah Tahfiz At-Tanwiriah

Kunjungan SKM cawangan Negeri dan cawangan Muar

  • by

Pada 9 November 2022; Pihak kami telah menerima kunjungan daripada En Fadilah bin Salim, Pengarah SKM Cawangan Negeri Johor dan rombongan SKM Cawangan Muar. Banyak bantuan, geran dan tunjuk ajar yang telah koperasi terima sejak dari 2014 lagi. Terima kasih kepada pihak SKM terutamanya Pn Haliza dan Pn Asyikin yang begitu kuat menyokong Koperasi At Tanwiriah untuk bangun dan terus bergerak, Alhamdulillah.

PERTEMUAN BERSAMA PEWAKAF MADRASAH

  • by

28 Jun 2022: Alhamdulillah selesai pertemuan dgn pewakaf Tn Hj Muhammad Hussin pagi tadi. Semoga ALLAH terus murahkan rezeki Tn Hj serta dipermudahkan segala urusannya, Amin.

PENGAMBILAN PELAJAR TAHFIZ 2022

  • by

“Bila anak² nampak kecenderungan dan minat pada menghafaz AlQuran, ambillah peluang ini untuk dapatkan pengajian hafazan lebih tersusun.” Madrasah Tahfiz AlQuran At-Tanwiriah, Parit Jawa,Muar,Johor membuka permohonan terhad bagi kemasukan tahun 2022. 20 orang pelajar sahaja. 👥Syarat Permohonan : 1. Lelaki sahaja berumur 11 – 13 tahun. 2. Minat dan bersungguh untuk menghafaz AlQuran. 3. Sedia ditarbiyah dan tiada masalah displin. 4. Lulus temuduga. 📚Silibus disediakan : 1. Hafazan AlQuran 30… Read More »PENGAMBILAN PELAJAR TAHFIZ 2022

TAHNIAH!

  • by

Berita dari Turki الحمد لله ثم الحمد لله Alumni SMATT pertama ke Turki iaitu Zahirul Amin Bin Mohamad telah tiba ke Gaziantep University bersama Mudir Am Mtaq Tanwiriah Ustaz Kamalulnizam Mohd Suhut.Semoga Zahirul diberi hidayah & taufik serta kekuatan untuk menuntut ilmu di sana. Semoga berjaya!

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1442H MTAQ AT-TANWIRIAH

  • by

Assalamualaikum Wbt. Pertamanya marilah kita merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari kiamat. Tanggal 12 Rabi’ul Awwal yang disambut oleh majoriti umat Islam setiap tahun, merupakan hari ulang tahun kelahiran insan paling mulia, iaitu Nabi ﷺ ke bumi ini, dengan membawa 1001 rahmat ke seluruh alam. Firman Allah… Read More »PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1442H MTAQ AT-TANWIRIAH

Tahniah adik Izzul Hazim Bin Zaini

  • by

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada adik Izzul Hazim Bin Zaini yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran 30 juzuk pada 20/10/2020. Cantik tarikh adik Izzul khatamkan Al-Quran. Semoga dengan kejayaan adik Izzul dapat memberi inspirasi dan sumber semangat kepada pelajar yang lain. Semoga adik Izzul dapat menjaga kalam Allah seterusnya dapat mentadabbur ayat Alquran. Allahumma Aamiin.

Ceramah motivasi Restu Ilmu

  • by

Pada 17 Oktober 2020, Sekolah Menengah At-Tanwiriah telah mengadakan ceramah motivasi Restu Ilmu untuk pelajar pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, SMA dan SMRA. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Ikhsan Jaafar. Semoga dengan ilmu dan nasihat yang disampaikan kepada pelajar dapat diamalkan dalam diri mereka.

Program Malam Restu Ilmu

  • by

Pada 15 Oktober 2020, Program malam Restu Ilmu telah diadakan untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, SMA dan SMRA. Semoga dengan program ini semua pelajar madrasah at-Tanwiriah berjaya dengan cemerlang dengan peperiksaan yang mereka hadapi. Aaminn.