Skip to content

MTAQ Tanwiriah

HARI KEUSAHAWANAN SRATT

  • by

14 Disember 2023 | Khamis Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya hari keusahawanan SRAT dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Banyak aktiviti dan gerai jualan yang ada! Khasnya kali ini. Buat julung kalinya Soopa Doopa turut serta. Makin bertambah seronok anak-anak SRAT. Berulang kali main. Tak lupa juga 3D movies. Gunakan cermin mata untuk lebih rasai seolah-olah masuk dalam cerita tersebut! Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik, lancar atas izinNya. Semoga ianya… Read More »HARI KEUSAHAWANAN SRATT

Bengkel Teknik Menjawab Matematik SPM

  • by

15/12/2023, Jumaat Alhamdulillah, Bengkel Teknik Menjawab Matematik SPM oleh Cikgu Norhana Bt Karim. Guru Penggubal dari SMK Dato Seri Amar Diraja, Muar. Walaupun para pelajar di Johor telah mula bercuti sekolah hari ini, namun anak-anak tingkatan 4&5 Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SMATT gigih menjalani Kelas Intensif selama 4 hari. Semoga para pelajar berjaya dalam peperiksaan SMA dan SPM akan datang.

Pendaftaran SMATT untuk sesi persekolahan 2024

  • by

14 Disember 2023 | Khamis الحمد لله ثم الحمد لله Sedang berlangsung ketika ini pendaftaran sesi persekolahan 2024 bagi pelajar-pelajar lama tingkatan 2, 3 & 4. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa pelajar yang terus memilih SMATT sebagai destinasi pilihan pengajian anak masing-masing. Semoga terus cemerlang bersama kami di masa akan datang.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SMATT 2024

  • by

9 Disember 2023 | Sabtu الحمد لله ثم الحمد لله Hari ini berlangsung sesi temuduga terbuka pengambilan pelajar baru Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SMATT bagi sesi persekolahan 2024. Seramai 70 orang calon telah hadir pada hari ini bagi mengikuti sesi temuduga yang dijalankan. InsyaAllah, bagi calon-calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak sekolah dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa… Read More »PENDAFTARAN PELAJAR BARU SMATT 2024

AKTIVITI KOKURIKULUM SILAT

  • by

8 DISEMBER 2023 | JUMAAT Semangat betul lihat pelajar- pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah belajar ilmu silat. Alhamdulillah..berikut perkongsian Aktiviti kokurikulum Silat di Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah. Semoga anak-anak tahfiz kami berjaya dalam menghafaz 30 juz AlQuran..Ameen

Lawatan Ketua Jemaah Nazir, Unit Naziran, Jabatan Agama Islam Negeri Johor

  • by

5 Disember 2023 | Selasa Alhamdulillah, semalam SMATT telah menerima kunjungan rasmi daripada Timbalan Ketua Jemaah Nazir, Unit Naziran, Jabatan Agama Islam Negeri Johor iaitu Ustaz Zamri Bin Momen dan Penolong Pengarah Seksyen Kurikulum Rendah, Unit Akademik, Jabatan Agama Islam Negeri Johor iaitu Ustaz Abdul Salam Bin Ali. Lawatan tersebut telah diadakan bagi meninjau pergerakan peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) agar berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih buat pegawai-pegawai… Read More »Lawatan Ketua Jemaah Nazir, Unit Naziran, Jabatan Agama Islam Negeri Johor

[ EDISI KHAS ] MAJLIS BACAAN TAHLIL & YAASIN DI MEKAH MADINAH

  • by

Alhamdulillah kebiasaannya setiap Khamis malam Jumaat, Madrasah Attanwiriah mengadakan bacaan yasin & tahlil secara online buat arwah ibubapa kita, saudara mara, kenalan dan seluruh muslimin muslimat yang telah pergi serta hajat sahabat semua. Cuma kali ini sesi eksklusif di MEKAH & MADINAH. Majlis diketuai oleh barisan mutawwif dan wakil madrasah. Kami jemput semua sertai bersama. Boleh juga untuk sertai bacaan bagi nama² khusus dari kalian. Moga pahala bacaan sampai buat… Read More »[ EDISI KHAS ] MAJLIS BACAAN TAHLIL & YAASIN DI MEKAH MADINAH

LAWATAN PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ NEGERI JOHOR (PINTA) KE MADRASAH ATTANWIRIAH

  • by

26 NOVEMBER 2023 | AHAD Alhamdulillah menerima kunjungan lawatan dari Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Johor (PINTA) PINTA Johor bermula jam 10.00 pagi tadi seramai 10 orang. Terima kasih sudi datang ziarah ke Madrasah Attanwiriah. Semoga jalinan ukhuwah kita akan berkekalan sampai bila-bila dan kami harap ini bukanlah pertemuan terakhir kita naa, semoga selepas ni juga kita dapat berjumpa lagi. Kami mewakili keluarga besar Madrasah At Tanwiriah memohon maaf sekiranya terdapat… Read More »LAWATAN PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ NEGERI JOHOR (PINTA) KE MADRASAH ATTANWIRIAH

MAJLIS RESTU ILMU SRATT 2023 DI MADRASAH AT TANWIRIAH

  • by

23 NOVEMBER 2023 | KHAMIS Alhamdulillah syukur selesai sudah Majlis Restu Ilmu SRATT 2023 bagi Sek. Ren. Islam At-Tanwiriah Tahfiz – SRATT. Jutaan terima kasih buat para pelajar dan ibu bapa yang hadir pada malam ini bagi memenuhi undangan program kami. Diharapkan agar para pelajar mendapat ilmu yang bermanfaat disamping memperoleh keberkatan daripada Allah SWT. Diharapkan juga agar calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan bagi SRATT tidak lama lagi akan memperoleh… Read More »MAJLIS RESTU ILMU SRATT 2023 DI MADRASAH AT TANWIRIAH

BENGKEL TEKNIK MENGHAFAZ & MURAJAAH

  • by

23 NOVEMBER 2023 | KHAMIS Alhamdulillah berjalan program khusus pelajar tahfiz kami bersama penceramah jemputan : Ust Umar Hafiz bin Mohd Shafiee bertempat di Surau Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah.