Skip to content

Muar

PERUTUSAN TAHUN BARU 2021 MTAQ TANWIRIAH

  • by

Assalamualaikum wbt. Pertamanya marilah sama-sama kita meningkatkan rasa syukur kepada Allah swt kerana masih diberikan kesempatan untuk melangkah ke tahun baru 2021 pada hari ini. Jadikan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya khususnya dalam konteks meningkatkan ilmu dan amal. Apa yang telah berlalu pada tahun lalu, jadikan pengajaran dalam kehidupan pada masa akan datang. Segala ujian dan cabaran yang dilalui mudah-mudahan memjadikan kita insan yang lebih matang dan baik dalam… Read More »PERUTUSAN TAHUN BARU 2021 MTAQ TANWIRIAH

Peperiksaan Percubaan SMA & SPM 2020

  • by

Pada 29 Disember 2020, Sekitar suasana persekolahan hari ke-2. Calon-calon SPM&SMA 2020 masing-masing hari ini sedang menyambung peperiksaan percubaan yang tertangguh akibat PKPB tempoh hari.Manakala pelajar-baru tingkatan 4&5 sedang mengikuti kelas hafazan harian. اللهم افتح فتوح العارفين وإلهاما الملائكة والمقربين. اللهم آمين.

Mesyuarat bersama guru SRAT

  • by

Pada 28 Disember 2020, Alhamdulillah, dapat bersama bermesyuarat dengan guru-guru Sri At-Tanwiriah Tahfiz.

Temuduga kemasukan pelajar tahun 2021

  • by

Pada 18 Disember 2020, telah diadakan temuduga pelajar ke Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah Muar, Johor. Di sini, sekitar suasana temuduga kemasukan pelajar bagi sesi persekolahan 2021. Terima kasih kepada semua yang hadir. Calon-calon yang berjaya dan diterima masuk akan dihubungi oleh pihak sekolah dalam tempoh dua (2) minggu. Manakala calon yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.Semoga Allah terus merahmati kita semua. Amin.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA ARAB SPM

  • by

Pada hari Sabtu, 5 September 2020, SMAT At-Tanwiriah telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kertas Bahasa Arab SPM bersama Al Fadhil Ustaz Muhidir Tamjis dari SMK Pekan Baru, Muar. Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas kesudian ustaz hadir untuk membimbing anak-anak pelajar SPM kami. Semoga atas ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh pelajar semua.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS MATEMATIK SPM

  • by

Pada hari ini 4 September 2020, SMAT At-Tanwiriah telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kertas Matematik SPM yang disampaikan oleh Cikgu Noorhana Bt Karim dari SMK Dato Sri Amar Diraja, Muar untuk calon-calon SPM. Bengkel ini diadakan untuk calon SPM fokus kepada teknik untuk menjawab soalan-soalan Matematik akan datang.