Kejohanan Catur MSSD Muar 2022
4 Ogos 2022: Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ameer Faidh Bin Muhammad atas kejayaan menduduki tempat ke-5 bagi Kategori B15. Satu kejayaan yang membanggakan bagi seluruh warga Tanwiriah
4 Ogos 2022: Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ameer Faidh Bin Muhammad atas kejayaan menduduki tempat ke-5 bagi Kategori B15. Satu kejayaan yang membanggakan bagi seluruh warga Tanwiriah
19 April 2022: Hari ini berlangsungnya pertandingan tazkirah Ramadan di kalangan anak-anak pelajar SMATT. Semua peserta menampilkan aksi bersemangat dalam menghidupkan budaya ilmu di bulan Ramadan.
13 April 2022: Selesai Minggu Taaruf & Orientasi SMATT untuk hari ke-4. Pelajar diberi taklimat kesihatan oleh guru kesihatan Ustazah Zakiah Zulkifli dan penerangan berkenaan kaedah menghafaz Al-Quran yang betul oleh Ustaz Aiman Dahlan & Ustaz Nur Azam Amirudin. Setelah itu, para peserta mengikuti aktiviti LDK “You Can Do It” yang dikendalikan oleh anggota BADAR SMATT 2022.
Hari ke-2 Minggu Taaruf & Orientasi SMATT 2022 semua pelajar dibentangkan berkenaan buku panduan tatatertib dan disiplin pelajar SMATT yang disampaikan oleh Timb. Pengetua 2 (Hal Ehwal Murid) Ustaz Muhammad Firdaus Bin Arizal. Seterusnya pelajar-pelajar baru mengikuti sesi LDK “Sayakah Itu?” yang dikendalikan oleh anggota BADAR SMATT.
10 April 2022: Slot Motivasi Belajar bersama En. Muhamad Hanafi Bin Shamsuddin selaku HR Eksekutif / Kaunselor Berdaftar yang didatangkan khas dari KPJ Healthcare University College Nilai Negeri Sembilan.
10 April 2022: Pelajar pelajar didedahkan dengan cara menguruskan katil dan loker masing masing dengan betul.
Aktiviti hujung minggu anak-anak pelajar SMATT. Adik-adik baru pelajar asrama banin belajar mengikat serban. Segak dan kacak dah semua. Manakala, pelajar banat beriadah bersama mengeratkan ukhuwah Islamiah.
21 Mac 2022: Pertemuan pertama ahli Badan Dakwah & Ruasak (BADAR) bagi sesi persekolahan 2022 bersama Ustaz Muhammad Arif Bin Hamzah selaku guru penyelaras BADAR SMATT. Tahniah diucapkan kepada Mikail Muzakirin bin Jamsari dan Fatimah Az Zahra binti Jumahat yang masing-masing telah dilantik sebagai Ketua Pelajar & Penolong Ketua Pelajar SMATT 2022. Tahniah juga diucapkan kepada semua ahli BADAR yang telah dilantik. Semoga dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya sebagai pengawas… Read More »PERTEMUAN AHLI BADAN DAKWAH & RUASAK (BADAR) SESI 2022
15 Mac 2022: Tahniah kepada semua peserta, guru pembimbing dan ibu bapa yang memberi sokongan penuh dlm MTQ sekolah2 agama peringkat Zon Parit Jawa 2022!! SRI At-Tanwiriah (Tahfiz) menjadi JOHAN KESELURUHAN dengan keputusan berikut: JOHAN 1. Ammar Mujahid (Syarahan Bahasa Arab Putera) 2. Husna Hisamuddin (Syarahan Bahasa Arab Puteri) 3. Haziq Saberi (Tulisan Jawi) 4. Zikri Alhaqqi (Hafazan Putera) 5. Asyraf Hafidz (Berzanji Putera) 6. Nureen Khadijah (Berzanji Puteri) Naib… Read More »TAHNIAH PADA PESERTA PERUJIAN TILAWAH AL-QURAN ZON PARIT JAWA (2022)
20 Mac 2022: Pada hari pertama persekolahan bagi sesi 2022 dimulakan dengan sesi taaruf bersama pelajar SPM Fast Track 2022.