Skip to content

Aktiviti Pelajar

Peperiksaan Percubaan SMA & SPM 2020

  • by

Pada 29 Disember 2020, Sekitar suasana persekolahan hari ke-2. Calon-calon SPM&SMA 2020 masing-masing hari ini sedang menyambung peperiksaan percubaan yang tertangguh akibat PKPB tempoh hari.Manakala pelajar-baru tingkatan 4&5 sedang mengikuti kelas hafazan harian. اللهم افتح فتوح العارفين وإلهاما الملائكة والمقربين. اللهم آمين.

TAHNIAH ADIK AZIERA!

  • by

الحمد لله ثم الحمد للهSYABAS & TAHNIAH!  Syabas & tahniah diucapkan kepada Nur Aziera Sofea Binti Amdan yang juga merupakan pelajar tingkatan 5 (Fast track) Smat At Tanwiriah Tahfiz kerana berjaya menggondol gelaran tempat ke-3 dalam Pertandingan Pidato Online 2020 peringkat negeri Johor. Pihak semoga amat berbangga atas kejayaan beliau. Ini dapat memberi impak yang sangat positif dan memberi contoh tauladan yang baik kepada semua pelajar terutamanya dalam mengisi masa terluang ketika… Read More »TAHNIAH ADIK AZIERA!

Temuduga kemasukan pelajar tahun 2021

  • by

Pada 18 Disember 2020, telah diadakan temuduga pelajar ke Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah Muar, Johor. Di sini, sekitar suasana temuduga kemasukan pelajar bagi sesi persekolahan 2021. Terima kasih kepada semua yang hadir. Calon-calon yang berjaya dan diterima masuk akan dihubungi oleh pihak sekolah dalam tempoh dua (2) minggu. Manakala calon yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.Semoga Allah terus merahmati kita semua. Amin.

PENGUMUMAN: PENANGGUHAN TEMUDUGA KEMASUKAN SMATT 2021

  • by

Assalamualaikum WBT, Dukacita dimaklumkan bahawa temuduga pada 12 Disember 2020 pada hari Sabtu ini ditangguhkan kerana peningkatan kes Pandemik COVID19 di kawasan Parit Jawa. Tarikh temuduga baru telah kami tetapkan pada 18 Disember 2020 iaitu pada hari Jumaat. Segala kesulitan amat kesali. Semoga tuan/puan serta keluarga sentiasa dilindungi ALLAH S.W.T. Sekian, Terima Kasih.

JADUAL KELAS ONLINE SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AT-TANWIRIAH

  • by

Pada 7 November 2020 yang lepas, telah diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada seluruh negeri kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis pada 9 November hingga 6 Disember. Pihak sekolah telah mengambil inisiatif menyediakan jadual kelas Online bermula pada 10 November. Inisiatif ini diambil bagi membantu pelajar tidak tercicir dalam pelajaran dan diharap ibu bapa semua dapat memberikan sokongan dan bersama-sama membantu pihak sekolah dalam membimbing anak-anak pelajar ini. Jika ada… Read More »JADUAL KELAS ONLINE SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AT-TANWIRIAH

JADUAL KELAS ONLINE SRI TAHFIZ AT-TANWIRIAH

  • by

Pada 7 November 2020 yang lepas, telah diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada seluruh negeri kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis pada 9 November hingga 6 Disember. Pihak sekolah telah mengambil inisiatif menyediakan jadual kelas Online bermula pada 10 November. Inisiatif ini diambil bagi membantu pelajar tidak tercicir dalam pelajaran dan diharap ibu bapa semua dapat memberikan sokongan dan bersama-sama membantu pihak sekolah dalam membimbing anak-anak pelajar ini. Jika ada… Read More »JADUAL KELAS ONLINE SRI TAHFIZ AT-TANWIRIAH

Notis : PENUTUPAN SEKOLAH BERSEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

  • by

1. Seperti sedia maklum, kerajaan Malaysia telah mengumumkan PKPB yang akan berkuatkuasa bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020. 2. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) melalui unit swasta juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung arahan penutupan sekolah di seluruh negeri Johor dan pelajar-pelajar yang tinggal di Asrama juga disuraikan. 3. Sehubungan dengan itu, adalah diumumkan bahawa SMATT juga akan ditutup sepanjang tempoh PKPB dan semua penghuni asrama dibenarkan untuk… Read More »Notis : PENUTUPAN SEKOLAH BERSEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)