Skip to content

Aktiviti Pelajar

Peperiksaan Percubaan SPM 2020

  • by

Hari pertama peperiksaan percubaan SPM pagi ini dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu (Kertas 1). Peperiksaan akan berjalan selama 2 jam 15 minit.Turut berlangsung peperiksaan akhir tahun bagi pelajar tingkatan 4. Sebelum menduduki Peperiksaan Percubaan SMA pada minggu hadapan.Mohon doa semua agar anak-anak pewaris nabi ini diberikan kejayaan yang cemerlang. اللهم لا سهلا إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا. رب يسر ولا تعسر. رب تمم بالخير. اللهم… Read More »Peperiksaan Percubaan SPM 2020

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1442H MTAQ AT-TANWIRIAH

  • by

Assalamualaikum Wbt. Pertamanya marilah kita merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari kiamat. Tanggal 12 Rabi’ul Awwal yang disambut oleh majoriti umat Islam setiap tahun, merupakan hari ulang tahun kelahiran insan paling mulia, iaitu Nabi ﷺ ke bumi ini, dengan membawa 1001 rahmat ke seluruh alam. Firman Allah… Read More »PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1442H MTAQ AT-TANWIRIAH

Ceramah motivasi Restu Ilmu

  • by

Pada 17 Oktober 2020, Sekolah Menengah At-Tanwiriah telah mengadakan ceramah motivasi Restu Ilmu untuk pelajar pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, SMA dan SMRA. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Ikhsan Jaafar. Semoga dengan ilmu dan nasihat yang disampaikan kepada pelajar dapat diamalkan dalam diri mereka.

Program Malam Restu Ilmu

  • by

Pada 15 Oktober 2020, Program malam Restu Ilmu telah diadakan untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, SMA dan SMRA. Semoga dengan program ini semua pelajar madrasah at-Tanwiriah berjaya dengan cemerlang dengan peperiksaan yang mereka hadapi. Aaminn.

Tazkiyatun Nafs

  • by

Pada 8 Oktober 2020, Asrama Banin di Tanwiriah telah melakukan tazkiyatun Nafs iaitu aktiviti muhasabah diri. Aktiviti ini dilakukan bersama MPP asrama untuk bermuhasabah diri bersama.

SUASANA SESI TEMUDUGA PELAJAR SESI PERSEKOLAH 2021

  • by

Pada 3 Oktober 2020, telah dijalankan sesi temuduga untuk kemasukan pelajar di Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah (Tahfiz). Walaupun PKP, Sesi temuduga tetap dijalankan seperti biasa dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Semoga berjaya untuk pelajar semua. #KitaJagaKita #normaBaharu #SMATT #MTAQ

SYUKRAN JAZILAN UNTUK PARA PENDERMA

  • by

Pada 23 September 2020, beberapa orang penderma telah memberi tajaan makanan dan minuman kepada semua murid-murid tahap 2. Alhamdulillah dengan dengan rezeki yang melimpah ruah ALLAH telah berikan kepada kami semua. Syukran diucapkan kepada para penderma kerana memberi rezeki kepada murid-murid kami. Semoga dengan pahala menderma kalian berterusan dan diredhai ALLAH S.W.T serta kalian dilimpahi dan dimurahkan rezeki. Aamiinn…